30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pastikan rakyat tahu pencapaian GRS: Abidin

Abidin menerima borang keahlian Parti StarSabah daripada penyokong di sini sambil dperhatikan oleh yang lain-lain


RANAU: Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Parti StarSabah di sini diseru agar turun padang dan memastikan masyarakat dapat mengetahui pencapaian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam beberapa tahun ini.


Naib Presiden Parti StarSabah Datuk Abidin Madingkir berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan tidak lama Iagi, justeru jentera parti perlu memastikan rakyat mengetahui semua kebaikan yang telah dicapai oleh kerajaan hari ini.


“Semua AJK Bahagian Parti Star perlu memulakan kerja turun padang, sesuai dengan saranan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor supaya masyarakat dapat mengetahui pencapaian kerajaan GRS dalam beberapa tahun ini.


“Perlu dinyatakan bahawa pendapatan kerajaan meningkat, pelaburan meningkat, GRS komited untuk menuntut hak 40% seperti termaktub dalam Perlembagaan, pengujudan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah dan sebagainya,” katanya.


Abidin yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri menambah bahawa hal mengenai pengujudan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) di Sabah tidak lagi menjadi isu hari ini.


“Kabinet Sabah sudah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf pengujudan JKDM. Surat pekeliling sudahpun dikeluarkan kepada semua Pejabat Daerah bagi maksud tersebut,” katanya.


Abidin yang juga ADUN Paginatan berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penerimaan Keahlian Baru Parti StarSabah DUN Paginatan yang diadakan di Kolam Migong Kg Langkuag pada hari Ahad.


Dalam majlis itu, beliau telah menerima borang keahlian baru memasuki Parti StarSabah daripada 125 orang (Kg Langkuag sebanyak 73 orang disampaikan oleh Migong Gadis dan daripada Lohan Skim 2 sebanyak 52 orang disampaikan oleh Jusri Sahidin).

Abidin (tengah) dan lain-lain menunjukkan tanda bagus terhadap kemasukan ahli baharu dalam Parti StarSabah DUN Paginatan


Beliau turut dimaklumkan bahawa Cawangan Parti Star Kg Langkuag akan diujudkan tidak Iama lagi.


Sementara itu, beliau mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru daripada dua buah Kampung iaitu Kg Langkuag dan Kg Lohan Skim 2.


“Syabas dan tahniah kepada ahli-ahli baru kerana memilih Parti StarSabah sebagai wadah perjuangan dalam politik.


“Keputusan adalah tepat kerana DUN Paginatan adalah kawasan DUN yang akan ditandingi oleh Parti StarSabah dalam PRN akan datang sebagai mewakili GRS.


“Seperti yang dipersetujui dalam kepimpinan tertinggi GRS, DUN Karanaan akan diwakili oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), sementara DUN Kundasang akan diwakili oleh PBS,” katanya.


Tambah Abidin lagi, semua komponen GRS akan menggunakan lambang GRS dalam menghadapi PRN akan datang.


Katanya, dengan kemasukan ahli-ahli baru ianya bukan sahaja dapat mengukuhkan kekuatan parti di DUN Paginatan tetapi juga dapat memantapkan kedudukan GRS khususnya di kawasan Parlimen Ranau.


“Apa yang penting adalah keiklasan ahli-ahli baru untuk sama-sama memantapkan GRS sesuai dengan slogan GRS ‘Sabah First’,” katanya.


Mengenai cadangan pengujudan Kg Langkuag, Abidin menyeru supaya UPPM di sini menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti penyediaan profil kampung yang lengkap untuk diserahkan kepada Pejabat Daerah supaya proses pengujudan kampung dapat dipermudahkan.


Turut hadir di majlis itu Pegawai Khas kepada Datuk Abidin Madingkir merangkap Timbalan Ketua Bahagian Juis Konsuling, CDO merangkap Setiausaha Bahagian Jipili Sigal, Naib Ketua Bahagian IV Kapilin Hj Surop, Ketua Penerangan Suhaimin Duari, Ketua Wiranita Siti Nurjana Abas, Ketua Wiramuda Hillary Salmoen dan beberapa AJK Bahagian yang lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN