25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pastikan kemudahan di kampung masing-masing dijaga: Robert

Robert menandatangani plak perasmian Pondok Keselamatan Kampung Merampong.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin meminta agar pemimpin-pemimpin masyarakat di setiap kampung menjaga kemudahan di kampung masing-masing.

Katanya, setiap kemudahan yang memberi manfaat kepada penduduk kampung haruslah dijaga sebaik mungkin.

“Gunakanlah sebaik-baiknya untuk di menafaatkan penduduk dan masyarakat kampung” katanya selepas merasmikan dan menyerahkan kunci pondok Keselamatan Kampung Merampong.

Robert berharap agar penduduk kampung dapat menjaga Keselamatan bangunan tersebut macam rumah sendiri.

Katanya, dengan adanya bangunan pondok tersebut sekurang-kurang dapatlah mempertingkatkan penjagaan keselamatan kampung.

Sementara itu Ketua Kampung Merampong Rizal Saiking merakamkan terima kasih kepada Kerajaan GRS yang begitu prihatin dengan permasalahan rakyat.

Beliau juga berterima kasih kepada Robert yang begitu mengambil berat terhadap rakyat di kawasan Bingkor.

“Wakil Rakyat kami ini sentiasa melawat dan berkunjung dan turun padang ke kampung kampung di kawasannya tanpa mengira hari dan masa,” jelas Rizal

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN