29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasangan suami isteri alami masalah kesihatan dapat perhatian ADUN Bingkor

Dennis (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Zeno

KENINGAU:Pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesihatan mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Pasangan berkenaan Zeno Bosikut @ Joseph dan isterinya Maria Baku dari Kampung Pagansangan masing-masing sering berulang alik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Besar Daerah Keningau dan Hospital Queen Elizaberth Kita Kinabalu.

Sehubungan dengan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya menghulurkan sumbangan kewangan untuk meringankan beban mereka.

Dianna (kanan)menyampaikan sumbangan kepada Lily.

Sumbangan disampaikan oleh Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada ADUN Bingkor adalah badan JPKK Kampung Tohan Baru untuk membiayai program gotong-royong perdana dan pemasangan pagar kawasan Dewan Terbuka Huguon Siou kampung itu.

Sumbangan itu disampaikan oleh kakitangan pejabat ADUN Bingkor Puan Diana Basir kepada Pengerusi JPKK Kampung Tohan Baru Puan Lily Kerimput.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN