22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Parti STAR Bingkor terus mengukuhkan kedudukan hasil pembangunan: Robert

David serahkan borang keahlian Star kepada Robert.

KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bingkor pimpinan Ketua Bahagiannya Datuk Robert Tawik, terus mengukuhkan kedudukan hasil pembangunan dan perubahan ketara di kawasan itu.

Dengan sokongan padu rakyat, termasuk golongan belia dan penyokong atas pagar tidak berparti, STAR kini berada di landasan kukuh untuk mempertahankan kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Kepercayaan rakyat terhadap STAR semakin terserlah dengan kemasukan ahli baharu, termasuk pesara kerajaan David Sukim dari Kampung Kikiran Apin-Apin Bingkor yang memilih STAR sebagai platform perjuangannya.

Langkah terbabit membuktikan bahawa parti itu bukan sekadar pilihan, tetapi harapan baharu untuk masa depan Bingkor dan Sabah secara keseluruhan.

Terbaharu, David menyerahkan borang keahlian secara rasmi kepada Robert dalam satu Mesyuarat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ranggom yang diadakan di Pondok Tagal Komuniti Kampung Sungoi.

Timbalan Presiden STAR itu amat mengalu-alukan kemasukan David, menyifatkannya sebagai bukti bahawa STAR terus mendapat kepercayaan rakyat, terutama menjelang PRN akan datang.

Menurutnya, sebab David memilih STAR bukan sahaja mencerminkan keyakinan rakyat terhadap parti itu tetapi juga memperkukuhkan lagi pengaruh STAR di Bingkor.

“Kemasukan David melalui cawangan STAR Kampung Sungoi yang terletak dalam PDM Ranggom pastinya memberi kelebihan besar kepada parti.

“Ini membuktikan bahawa rakyat, termasuk golongan pesara yang berpengalaman, melihat STAR Sabah sebagai wadah terbaik untuk masa depan Sabah,” katanya.

Dalam majlis itu juga, Ketua PDM Ranggom Alex Amit turut menyerahkan borang permohonan keahlian STAR daripada beberapa penyokong di peringkat akar umbi kepada Robert, menambah lagi kekuatan bahagian itu.

Penyerahan borang itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Bahagian STAR Bingkor  Robert Paulus; Setiausaha Bahagian Junior Fred Vincent Marukau; Ketua Wiramuda Florian Ilon Sipin; Ketua Wiranita Jennefer Epil Likoh;  Ketua PDM Keningau Station  Haji Yazid Hj Mohd Hasnan Tawik @ Charles serta ahli-ahli jawatankuasa bahagian.

Dengan semakin ramai individu berpengaruh menyertai STAR Sabah, parti itu dijangka terus mengukuhkan kedudukannya di Bingkor, menjelang PRN yang bakal diadakan tahun ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN