26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Parti lokal bukan punca kemiskinan rakyat Sabah: Jordan Jude

Jordan Jude Ellron


NABAWAN: Kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua perhubungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sabah Datuk Seri Bung Moktar yang menyatakan punca kemiskinan disebabkan oleh Parti tempatan yang memerintah Sabah dalam siri ucapan beliau di Majlis ‘Himpunan Barisan National (BN) Sabah’ di Sandakan adalah tidak wajar dan keterlalun menurut Jordan Jude Ellron Ketua Exco Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR SABAH).


“Berdasarkan rekod UMNO-BN Sabah sudah memerintah lebih kurang 22 tahun di Sabah, telah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dan portfolio menteri-menteri penting dalam persekutuan Malaysia.


“Tempoh itu bukanlah satu masa yang singkat kalau betul UMNO BN mementingkan kemajuan Sabah mungkin Sabah tidak jauh ketinggalan dalam pembangunan infrastruktur berbanding negeri-negeri di Semenanjung.


“Janganlah menuding jari terhadap parti-parti tempatan Sabah sebagai punca masalah dan faktor kemiskinan di Sabah,” katanya.


Jordan Jude berkata, Bung kena sedar punca kemunduran pembangunan infrastruktur di Sabah adalah disebabkan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh kerajaan BN UMNO yang telah memerintah lebih dari 60 tahun dan Sabah belum mendapat hasil pulangan 40% pendapatan bersih yang diambil oleh kerajaan pusat dan hak-hak bayaran royalti yang sepatutnya dari hasil pengeluaran minyak Sabah.


Tambah beliau, Bung sendiri juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah dari 29 September 2020 sehingga 11 Januari 2023.


“Dan pada masa itu sepatutnya Bung mengambil peluang untuk berusaha membantu dalam membangunkan Sabah dan menjadi landasan perhubungan antara kerajaan Sabah dan Pusat di dalam BN UMNO,” katanya.


Jordan bertanya, “Adakah pada masa itu Bung hanya mementingkan kuasa dan merancang untuk menjatuhkan kerajaan dengan kerjasama bersama Parti Warisan sehingga tidak menyelasikan masalah-masalah jalan raya di Sabah?”


Beliau memberikan contoh Kemajuan Sarawak membuktikan Sabah tidak memerlukan campur tangan pemerintahan dari Parti Malaya atau UMNO.


“Sarawak maju kerana ditadbir sendiri oleh Parti Tempatan Borneo. Ini menjadikan Sarawak sebagai ‘King-maker’ di dalam setiap keputusan yang dibuat untuk kepentingan Sarawak dan bukan berpaksikan kepada kepentingan parti politik,” ujar beliau.


Jordan juga menyatakan, perjuangan Parti tempatan terutama Parti STAR SABAH dibawah pimpinan presiden YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan merupakan perjuangan panjang ‘long-term struggle’ yang akan memastikan hak-hak Sabah mengikut perlembagaan asal perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan 100%.


“Cukup-cukuplah jadikan hasil bumi di Sabah sebagai tabung politik,” tegas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN