SRI LANGKA: Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa semalam mengeluarkan gazet khas bagi membubarkan Parlimen dan mengisytiharkan pilihan raya akan diadakan pada 25 April, lapor agensi berita Xinhua.
Dalam gazet khas yang dikeluarkan Sekretariat Presiden ia menyatakan, Rajapaksa membubarkan parlimen bermula tengah malam Isnin dan mengarahkan parlimen baharu bersidang pada 14 Mei. –TAMAT–