24 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PAPIM AKAN ADAKAN MAJLIS KENDURI ARWAH (MANITIR) DAN KHATAN BERAMAI-RAMAI FEBUARI INI

Haji Mohd Amin…Pegawai Penerangan PAPIM

KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Dan Rekreasi Anak-Anak Pimping KK ( PAPIM ) akan mengadakan Kenduri Arwah dan Majlis berkhatan beramai-ramai pada bulan Februari depan.

Pegawai Penerangan PAPIM, Haji Mohd Amin Haji Muin berkata dua program ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAPIM di Anjung Soka Cafe Kinarut pada Sabtu lepas.

Beliau berkata Majlis Kenduri Arwah (Manitir) kali kedua diadakan oleh PAPIM ini akan diadakan pada 8 Februari 2025 ini selepas solat Asar (jam 4 petang).

Kali pertama PAPIM mengadakan Majlis Kenduri Arwah yang diadakan setiap bulan Syaban sebelum menjelangnya Puasa Ramadan ialah di Masjid Daerah Putatan yang dihadiri lebih 100 ahli dan anak-anak Pimping yang dijemput tahun lalu.

Sehubungan dengan itu kata beliau, Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong mempelawa ahli-ahli PAPIM, kaum kelurga mereka dan orang perseorangan yang ingin menyertai majlis ini dan bersedekah boleh menghubungi beliau atau Setiausaha Agung, Encik Alihussain Matnoor.

Sumbangan dan sedekah juga boleh disalurkan melalui bank in atau pemindahan wang tunai kepada Bendahari PAPIM, Awang Ag Kassim Hj Ismail melalui Akaun PAPIM di No. 1212 – 0411 – 0007 – 5826 (BSN Persatuan Kebajikan Dan Rekreasi Anak-Anak Pimping KK).

BERBINCANG…AJK PAPIM mengadakan perbincangan awal sambil santai-santai sebelum mesyuarat diadakan

Mereka yang menghulurkan sedekah hendaklah menwatsapkan resit Bank In atau Transfer melalui talian mereka untuk rekod Bendahari di no 014-8555649.

Semua Ahli PAPIM dan keluarga mereka juga di jemput hadir bersama di majlis tersebut nanti.

Sementara itu Haji Mohd Amin berkata PAPIM juga bercadang mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-ramai untuk anak-anak ahli, cucu-cucu ahli PAPIM sempena Cuti Persekolahan pada bulan Feb depan.

” Tarikh dan tempat Program Berkhatan Beramai- Ramai ini akan ditentukan kemudian berdasarkan sambutan kalangan ahli-ahli PAPIM,” katanya.

Ahli-ahli PAPIM yang berhajat untuk menyertai program ini boleh mendapatkan borang penyertaan atau mendapatkan keterangan lanjut dari Setiausaha PAPIM, Alihussin Haji Matnor di talian 014-6267960.

Borang penyertaan juga boleh dimuat turun dari Grup Ahli-Ahli PAPIM Berdaftar yang sudah pun diposkan beberapa hari lalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN