CENDERKENANGAN…Hj Ahmad menyerahkan baju korporat dan topi berlogokan PAPIM kepada Mohamad (kiti) sambil diperhatikan oleh Mohd Amin, Ag Kassim, Ag Ghazali, Hussin dan Rusman selepas kunjungan itu.
Oleh: Hj. M.Amin Hj.Muin
KIMANIS: Persatuan Kebajikan dan Reakreasi Anak-Anak Kg Pimping Membakut di Kota Kinabalu ( PAPIM) mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hj Mohamad Hj Alamin di Pusat Khidmat Masyarakat di Kimanis tengah hari tadi.
Kunjungan itu diketuai oleh Pengerusi PAPIM, Haji Hj Ahmad Dipong disertai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAPIM antaranya Penolong Setiausaha Alihussain Matnoor , Bendahari, Awang Ag Kassim Hj Ismail, Penolong Bendahari, Ag Ghazali Ag Ghani@ Tuan Carlos dan Hj Amin Hj Muin.
Turut hadir pada pertemuan lebih setengah jam itu ialah Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri, Haji Rusman Dulamit.
Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan AJK persatuan ini dan juga objektif PAPIM ditubuhkan dan didaftarkan kepada Pejabat Pendaftaran Persatuan ( ROS) sejak setahun yang lalu.
Haji Ahmad dalam taklimat ringkasnya memaklumkan kepada Mohamad bahawa PAPIM ditubuhkan untuk mengukuhkan ikatan tali silatulrahim kalangan anak- anak Kg Pimping yang bermastuatin di kawasan Pantai Barat sahaja.
Beliau memaklumkan lebih 1000 orang anak-anak Pimping berada di kawasan bandaraya dan penubuhan PAPIM akan dijadikan payung dan sebagai jambatan mengukuhkan persaudaraan kalangan mereka serta memberikan fokus kepada kegiatan-kegiatan kebajikan dikalangan ahli-ahlinya.
“PAPIM juga sebagai wadah untuk membolehkan anak-anak Pimping kenal mengenali antara satu dengan lain, kerana ramai generasi-generasi muda mungkin tidak mengenali kaum keluarga mereka sekampung yang tinggal di bandar terutama di kawasan Pantai Barat,” katanya.

PAPIM TERBAIKā¦Sebahagian AJK Tertinggi PAPIM yang hadir semasa kunjungan.
Beliau berkata buat masa ini PAPIM hanya membuka keahlian mereka yang tinggal dari Kinarut hingga ke Tuaran tetapi atas cadangan Penasihat PAPIM, Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi yang juga Wakil Rakyat Membakut, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif maka keahlian akan diperluaskan ke seluruh kawasan Pantai Barat.
Haji Ahmad meminta anak-anak Kg Pimping yg ingin menjadi ahli boleh berhubung dengan semua AJK PAPIM.
Beliau juga memaklumkan kepada Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis, tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh PAPIM antaranya membantu ahli-ahli yang berdepan musibah, mendapatkan rawatan di wad hospital dan mangsa-mangsa kebakaran di kampung melalui kutipan derma kalangan ahli-ahlinya.
Haji Ahmad juga berterima kasih kepada Datuk Mohamad dan Haji Rusman kerana sudah menerima kunjungan AJK Tertinggi PAPIM itu.
Sementara itu Mohamad dalam ucapan ringkasnya menyambut baik penubuhan persatuan itu dan berharap ianya dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial untuk golongan sasaran mereka.
Beliau berkata penubuhan persatuan seperti itu bukan saja akan dapat mengukuhkan persaudaran kalangan ahli-ahli mereka tetapi masyarakat keseluruhannya.
Pada majlis itu beliau juga meminta SUS Kanannya untuk menguruskan bantuan kewangan kepada persatuan itu apabila akaun kewangan persatuan sudah diselesaikan.