26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pantau sistem perparitan dan saliran sawah: Yazid

Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor salah satu kawasan yang dinaiki air.

KENINGAU: Berikutan dengan beberapa lokasi di kawasan Bingkor yang dinaiki air ekoran hujan lebat sehingga pada Jumaat Pengerusi Kebajikan Masyarakat Bingkor Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles meminta pihak-pihak yang berkenaan memantau sistem perparitan dan saliran sawah.

Katanya, sebelum ini kawasan-kawasan berkenaan termasuk Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor tidak pernah dinaiki air walaupun hujan berpanjangan.

“Tetapi pada kali kawasan-kawasan berkenaan dinaiki air” katanya.

Justeru itu katanya, mungkin ada keperluan pihak-pihak berkenaan khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran, JKR, Pihak Berkuasa Tempatan duduk semeja untuk membuat bedah siasat punca kenapa ianya berlaku.

Tambahnya, Pemimpin-Pemimpin tempatan di kawasan yang terlibat juga perlu memainkan peranan mengenalpasti puncanya.

Haji Yazid tidak menolak ianya disebabkan oleh perparitan yang tidak diselanggarakan dan sistem penagairan atau saliran sawah yang tersumbat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN