29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pantaran Biskita gotong royong agih  Bubur Banging

GOTONG ROYONG… Amit (tiga dari kiri), Rozman (tiga dari kanan ) dan Harun (empat dari kanan)  bersama ahli ahli NGO’s bergotong royong memasak Bubur Banging.

LABUAN: Persatuan Pantaran Biskita Kampung Tanjong Aru Nelayan  menjalinkan kerjasama  dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan  (NGO’s) menganjurkan program gotong royong memasak dan mengagihkan Bubur Banging sempena Ramadan di Kiosk Kat Amit Sosai Simpang Tanjong Aru Nelayan, dekat sini pada Ahad.

Usaha gotong royong memasak bubur banging  bertujuan untuk menghidupkan semula  makanan tradisi masyarakat Brunei Kadayan kepada generasi muda disamping mengeratkan hubungan silaturahim  dengan masyarakat setempat disamping berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Menurut Pengerusi Penganjur yang juga Pengerusi Pantaran Biskita, Amit Hamdani,  aktiviti  gotong royong tersebut bermula seawal pagi yang turut disertai  Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli dan Ketua Kampung Tanjong Aru, Harun Damit.

KETUA Peladangnita Utara, Noraini Japtin mengagihkan bubur banging kepada salah seorang pengguna jalan raya di simpang Jalan Tanjong Aru Nelayan.

Beliau berkata sebanyak 25 kilogram beras yang membabitkan campuran beras  jenis barrio dan beras pandan telah dimasak secara bergotong royong untuk menghasilkan kira-kira 600 paket bubur banging untuk diagihkan.

“Kaedah pengagihan bubur banging  dilaksanakan secara pandu lalu kepada pengguna jalan raya di Jalan Batu Arang, Simpang Tanjung Aru Nelayan bermula pada jam 2 petang dan berakhir kira-kira 3.15 petang.

“Selain itu, bubur banging tersebut juga diagihkan kepada beberapa buah masjid yang terdapat di pulau ini” katanya, ketika ditemui pemberita pada program tersebut.

Antara badan bukan kerajaan yang terlibat sama menjayakan gotong royong tersebut ialah Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Tanjong Aru (Kataru), Pertubuhan Peladangnita Utara, Pertubuhan Perggerak Komuniti Negara (PKN) Labuan, Busker Basing Tanjong dan KRT Tanjong Aru.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN