SIMBOLIK ….James (tengah) melepaskan berpuluh ekor burung merpati sebagai simbolik penaiktarafan Paitan ke daerah penuh yang turut disaksikan Samad, Zainuddin, Norlijah, Walter dan yang lain, pada Sabtu di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Paitan
PAITAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) merangkap Adun Sugut, Datuk James Ratib menyatakan kegembiraan beliau selepas Paitan kini rasmi menjadi Daerah Penuh.
“Saya amat bersyukur kerana akhirnya cita-cita kami melihat Daerah Kecil Paitan dinaiktaraf menjadi Daerah Penuh akhirnya tercapai dengan rasminya berkuatkuasa 1 Ogos 2024..
“Kami berterimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan impian ini,” kata beliau di sini pada hari Sabtu.
SIMBOLIK…James (kanan) menyerahkan kunci rumah kepada salah seorang penerima Rumah Mesra Sabah Maju Jaya KPLB Sabah, sambil disaksikan Samad (ketiga kiri), Norlijah (kiri) dan Joloning (kanan)
Menurut James, perancangannya selepas sahaja pewartaan dibuat, ialah pihaknya akan mengajukan jabatan-jabatan yang terpenting untuk menduduki lebih awal di Pejabat Daerah Paitan.
“Kita juga telah merancang satu pelan pembangunan untuk Daerah Paitan dalam jangkamasa 5 tahun. Saya berharap pelan pembangunan Paitan ini akan tercapai dalam masa tersebut.
“Inilah masanya supaya Daerah Paitan ini keluar daripada status miskin ataupun miskin tegar.
“Dan saya juga mengharapkan kerjasama daripada rakyat dan pemimpin-pemimpin supaya sama-sama menaiktarafkan serta membangunkan daerah ini dengan lebih cepat,” katanya.
Tambah James lagi, antara lain perkara yang terkandung dalam pelan pembangunan Paitan ialah pembinaan pejabat-pejabat kerajaan yang terdiri daripada Pejabat Tanah dan Ukur, Pejabat Pendaftaran, MPOB, Pejabat-Pejabat Jabatan Persekutuan, termasuklan pembinaan Mini Hospital dan Kompleks Sukan, untuk daerah Paitan kelak.
CENDERAMATA… Zainuddin (kiri) menerima cenderamata disampaikan Joloning , sambil disaksikan James (tengah), Samad (kedua kiri), Norlijah (kiri).
“Dan di samping itu, kita juga telahpun membuat satu perancangan untuk mendirikan sebuah Bandar Baru di Daerah Paitan ini oleh pihak swasta.
“Saya sendiri akan memastikan supaya wujud satu bandar baru di Paitan ini.
“Pelan Pembangunan akan bermula tahun hadapan dan sekarang kita telahpun memanggil satu konsultan untuk membuat pelan pembangunan ini dan kita akan angkat kepada Pengarah Perancang Bandar dan Wilayah supaya pelan pembangunan ini dapat di endorse agar pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” katanya.
Menurut beliau, dengan adanya pelan pembangunan yang dibina oleh swasta, ini akan mempercepatkan pembangunan yang dirancangkan di Paitan.
Turut hadir di masjlis itu, Yang Berhormat Datuk Samad Jamri, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Merangkap Adun N.49 Labuk, Yang Berbahagia Datuk Zainudin Bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Yang Berbahagia Datuk Norljah Haji Danin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Pengarah-Pengarah, Tuan Walter Kenson, Timbalan Setiausaha Tetap KPMKR, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Yang Berusaha Tuan Joloning Joe Majambu, Pegawai Daerah Paitan, Yang Berusaha Tuan Roger Appolonius, Pegawai Daerah Beluran, Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan, Yang Dihormati Supt.Hassan Majid, Ketua Polis Daerah Beluran, Yang Berusaha Tuan Jenddy Sanggau, Setiausaha Politik Menteri KPMKR dan lain-lain.