25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Paip pecah berjaya disiapkan selepas mendapat bantuan Petronas Chamical Methanol.

TINJAU…. Dr Fary (dua kanan) bersama Muhamad Zulkeflee (kiri) ketika meninjau lokasi paip air yang berjaya disaipkan lewat petang kelmarin.


LABUAN: Kerja-kerja pembaikan paip air utama yang pecah di Jalan Pulua Enoe berjaya disiapkan lewat petang Selasa selepas mendapat bantuan teknikal dari syarikat Petronas Chemicals Methanol (Labuan Methanol) pada lewat petang Selasa.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata, turut membantu memulihkan kerja-kerja pembaikan paip utama yang menyalurkan air bersih ke tangki utama Jalan Kolam itu ialah subkontrator Petronas Methanol Plant (PMP) dan Empada.


Dr Fary menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada Petronas Chemical Methanol dan PMP yang secara sukarela membantu kontraktor yang dilantik Jabatan Bekalan Air (JBA) dalam melaksanakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap sepenuhnya.

GEMBIRA…. Pekerja Petronas Chemicals Methanol dan subkontraktor Petronas Methanol Plant bersama pegawai JBA kelihatan gembira selepas kerja-kerja pembaikan paip bocor berjaya disiapkan selepas menghadapi pelbagai kesulitan sejak seminggu lalu.


“Kita juga mengucapkan tahniah kepada Pengarah JBA Labuan, Muhamad Zulkeflee Yusof yang telah berjaya memastikan kerja-kerja pembaikan itu sehingga siap.


“Fasa seterusnya adalah untuk memastikan proses ‘flushing’ dan pengisian tangki utama di Jalan Kolam berjalan lancar yang dijangka akan mengambil masa dua atau tiga hari” katanya ketika ditemui media selepas meninjau lokasi pembaikan paip bocor di Jalan Pulau Enoe, pagi ini. (Rabu).


Jelasnya, 85 peratus penduduk Labuan yang terjejas dengan gangguan bekalan air bersih sejak seminggu lalu akan menikmati bekalan itu semula secara berperingkat bermula pada Jumaat ini.


Sementara itu, ,petugas-petugas penghantaran air ke tangka-tangki statik di seluruh kampung masih diteruskan sehingga penduduk benar-benar telah menarima bekalan air bersih dari tangki rumah masing masing.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN