24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Padah curi tong gas dan ingkar PKP, lelaki tempatan ditangkap polis.

FOTO ATAS: Dua buah tong gas yang cuba dicuri suspek

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Tindakan seorang lelaki cuba mencuri dua buah tong gas di sebuah restoran di sini mengundang padah apabila ditahan polis dalam kejadian pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, ketika kejadian lebih kurang jam11.40 pagi, Restoran Warung Dragon yang terletak di Batu 3, Jalan Ranau-Kundasang, tidak beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

DSP Sammy Newton, Ketua Polis Ranau

“Kebetulan pada masa itu, sepasukan anggota polis dari Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Mobile Team IPD Ranau yang sedang membuat rondaan cegah jenayah telah ternampak sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dalam keadaan mencurigakan di hadapan restoran itu.


“Pada masa yang sama, polis juga ternampak seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40an sedang mangangkat dua buah tong gas dibahagian tepi restoran tersebut sebelum bertindak menahan suspek.

“Hasil pemeriksaan mendapati restoran tersebut tidak berpenghuni dan terdapat kesan pecah masuk pada pintu bahagian dapur. Polis bertindak menghubungi pemilik restoran dan memaklumkan berkenaan kejadian yang berlaku.

“Setelah pemilik restoran  tiba dan membuat pemeriksaan, didapati dua buah tong gas yang diletakan di bahagian dapur telah hilang,” katanya.

Peralatan pecah rumah yang dirampas

Menurut DSP Sammy, turut dirampas bersama suspek ialah beberapa peralatan pecah rumah termasuk kereta yang digunakan semasa kejadian.

Menurutnya lagi, hasil semakan yang dibuat mendapati lelaki tersebut mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes pecah rumah dan dadah.

“Kes disiasat di bawah Sek. 457 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 2) 2020.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh di penjara sehingga 14 tahun dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya hendaklah juga dikenakan denda atau sebat sepertimana peruntukan Sek. 457 Kanun Keseksaan.

“Suspek turut didapai melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dan bagi  kesalahan itu, suspek boleh didakwa di bawah Peraturan 11(1) Peraturan – Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No. 2) 2020.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua – duanya.,” jelas beliau. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN