27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Orang Sabah sambut perayaan dengan harmoni, utamakan semangat perpaduan: Robert Tawik

Robert menyampaikan limau Tahun Baru Cina Kapitan Yong Wing On.

KENINGAU : Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Robert Tawik @ Nordin berkata, orang Sabah sambut perayaan setiap perayaan dengan harmoni dan utamakan semangat perpaduan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, kemeriahan Tahun Baru Cina 2023 disambut di seluruh dunia dan negara tidak terkecuali dari merayakannya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan limau Tahun Baru Cina kepada pemimpin Masyarakat Tiong Hua Keningau hari ini kepada Kapitan Yong Wing On dan Kapitan Frankie Fong sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2023 tahun ini.

“Cuma di negara kita Malaysia, khususnya di Wilayah Sabah ini, sambutan setiap perayaan diraikan dalam serba keunikannya yang tersendiri

Kita di Sabah merayakan apa jua perayaan dalam suasana harmoni dan penuh dengan semangat perpaduan kaum” katanya.

Ini katanya, bagi menjaga adat susila, hormat menghormati dan tidak mengira suku bangsa, anutan agama mahupun fahaman politik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN