27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Orang awam mahu penaiktarafan jalan ke tempat pelupusan sampah



RANAU: Masyarakat awam di sini menggesa pihak berwajib agar menaiktaraf jalanraya menuju ke pusat pembuangan sampah di Tanah Merah yang kini dalam keadaan yang teruk.


Tinjauan media ke lokasi berkenaan menunjukkan jalanraya tidak berturap yang banyak kerosakan di mana ia menjadi licin dan berlumpur semasa musim hujan dan berhabuk pada musim kering.


Salah seoarang penduduk yang ditemui, iaitu Jeff, 35 berkata, keadaan jalan menu ke tempat pembuangan sampah begitu teruk sehingga dapat merosakkan kenderaan terutama kereta seperti Perodua Myvi miliknya.


“Kita menyambut dengan terbuka permintaan pihak Majlis Daerah Ranau (MDR) untuk tidak membuang sampah di kawasan pembuangan sampah di pekan Ranau dan mengambil inisiatif untuk membuang sampah sendiri ke tempat pelupusan ini.


“Walaubagaimanapun, keadaan tidak mengizinkan bagi masyarakat awam untuk ulang-alik masuk dan keluar dari kawasan tersebut kerana keadaan jalannya yang sangat teruk,” katanya.


Justeru rata-rata masyarakat di sini menggesa agar pihak berwajib turut menyelenggara jalanraya tersebut bagi membolehkan orang awam datang dan membuang sampah-sampah mereka di kawasan tersebut.


Tinjauan turut mendapati bahawa di seanjang jalan menuju ke kawasan tersebut terdapat beberapa longgokan sampah yang dibuang begitu sahaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Perkara tersebut mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan jalanraya yang begitu teruk menuju ke pusat pelupusan sampah berkenaan yang menjadi beban terutama sekali kepada kenderaan kecil.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN