OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
RANAU: Seorang lelaki tempatan nyaris maut apabila paragliding dinaikinya tejatuh dari ketinggian 120 meter dalam kejadian dekat Kompleks Sukan di sini pada petang Isnin.
Ketua Bomba dan Penyelamat Ranau (BBP) Ridwan Mohd Taib, ketika dihubungi berkata, mangsa, Didi Alwin, 25, mengalami kecederaan dibahagian rusuk dada.

Ridwan Mohd Taib
Menurut Ridwan, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.33 petang, mengatakan seorang paraglider telah terjatuh ketika membuat penerbangan dari tapak sukan luncur udara (paragliding) berhampiran dengan Kompleks Sukan Ranau.
“Sejurus menerima panggilan, lapan anggota dari BBP Ranau diketuai Pegawai Bomba Kanan(PBK) II Wasli Saupin telah digegaskan ke lokasi menggunakan sebuah jentera kecemasan Fire Rescue Tender (FRT).
“Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki mengalami kecederaan selepas terjatuh bersama paraglidingnya, dipercayai akibat dibadai angin kencang.
“Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dibawa keluar menggunakan Stretcher ke laluan utama sejauh satu kilometer sebelum diserahkan kepada pihak perubatan,” kata Ridwan.
Katanya lagi, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Ranau menggunakan ambulans. Operasi ditamatkan jam 4.24 petang.
Insiden ini merupakan kejadian kedua selepas kes pertama pada Januari lalu dimana, seorang paragliding warga tempatan dan seorang wanita warga China terjatuh dari ketinggian 15 meter.-TAMAT–