29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Nyah gossip dan fitnah!, baik jamah sajian segar yang berkhasiat

GAMBAR: Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul -Sumber gambar FB

Oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah.

PETANI moden yang terpesona dengan tanaman sendiri. Ini bukan minta puji ya. Ini memang pun satu amalan terpuji. Ehem.

Zaman sekarang, skill bercucuk tanam semakin hilang. Yang giat berkembang cuma skill mencucuk dendam.

Sebab itu hari demi hari, dunia kita bertambah sakit dan tenat. Banyak sangat tertelan gossip dan fitnah. Tetapi sangat kurang menjamah sajian segar yang berkhasiat.

Serius, bercucuk tanamlah sebelum anda ditanam. Believe me, growing and rearing our own food is one of the most effective ways to heal this ailing world.

When we consume our own local produce; we help reducing food import. Tahukah anda — risiko biosafety meningkat bila item-item hidup (sayur, buah dan daging) kerap merentas sempadan, terutama inter-wilayah yang mempunyai zon iklim berbeza?

Bila ramai hasilkan makanan sendiri; kita juga kurangkan beban pembangunan kepada alam sekitar. Usaha kecil ini secara kolektif akan membantu bumi lebih sihat, dan hidup manusia lebih sejahtera.

Penyakit-penyakit zoonatik (seperti pandemik COVID-19) berpunca dari interaksi manusia-alam yang tidak lestari. Ya, bila kita terlalu tamak meneroka sumber semulajadi untuk memenuhi kehendak makanan dan materi.

Akibat imbangan ekosistem natural yang terganggu; maka coronavirus novel dari alam haiwan boleh berpindah ke dunia manusia. Iyalah, bila nafsu serakah kita asyik memusnahkan habitat asal mereka — what do you expect?

UMS sedang merintis penyelidikan “pertanian bandar” secara agresif. Tujuannya mencipta inovasi tani dan ternak yang mesra pengguna; yang sesuai untuk skala domestik dengan ruang terhad seperti rumah pangsa atau teres. Ya, kita mahu memupuk budaya menghasilkan “makanan sendiri” dalam kalangan masyarakat, sama ada di kota, bandar, pekan mahupun desa.

Siapa tahu: 7-8 tahun dari sekarang, Sabah sudah mampu hasilkan sendiri makanan yang mencukupi. Tidak lagi perlu bergantung secara signifikan pada barang import. Yang paling penting, kita mesti laksana misi ini menggunakan ruang sedia ada, tanpa memanipulasi lagi khazanah hutan dan biodiversiti yang begitu berharga.

Who wants to walk with me, in this challenging journey? Mohon angkat tangan, Abam mau belanja segelas senyum paling manis d̷a̷n̷ ̷s̷e̷p̷i̷n̷g̷g̷a̷n̷ ̷c̷i̷n̷t̷a̷.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN