33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Nur Allya Juara Kebangsaan Lagu Patriotik Atas Talian 2020

Nur Allya bersama Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah.

LABUAN: Pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan, Nur Allya Mardiana Jairin, dinobatkan johan Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Patriotik Atas Talian Peringkat Kebangsaan 2020, Kategori Sekolah Menengah Rendah sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63.

Mendendangkan lagu berjudul ‘Gemilang’, nyanyian asal Jacklyn Victor, Nur Allya berjaya mengenepikan 11 peserta akhir dari seluruh negara, sekaligus menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400.00.
Sementara naib johan disandang Nesttra Luin, pelajar dari SMK Mat Salleh Ranau, Sabah.

Manakala Muhammad Hazim Ikhwan Mohd. Asri dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur di tempat ketiga.
Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata, kemenangan itu merupakan kejayaan besar kepada SMK Labuan dan WP Labuan pada tahun ini.

Nur Allya bersama sijil penghargaan SMK Labuan atas kejayaan yang dicapai.

Katanya, dalam suasana pandemik Covid-19 di mana tiada pertandingan kokurikulum secara bersemuka diadakan, pihak sekolah tetap memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan secara atas talian sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beliau berbangga atas kejayaan itu dan berterima kasih atas usaha semua pihak yang terlibat terutama guru pembimbing yang juga Guru Muzik SMK Labuan, Cikgu Mary Teng Howe Hui yang telah melatih Nur Allya sehingga memperoleh kemenangan sesuai dengan slogan sekolah itu ‘SMK Labuan Juara : Setiap Murid Bernilai’.

Keputusan pertandingan diumumkan kelmarin dan ia dianjurkan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN