Johan…pasukan NRH Team daripada Kota Kinabalu memenangi Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Piala Datuk Redonah Bahanda di Kota Marudu baru-baru lalu
KOTA K8NABALU: Sebanyak 24 pasukan menyertai Kejohanan Terbuka Bola Tampar Wanita Kota Marudu baru-baru ini untuk merenut Piala Datuk Redonah Bahanda.
Kejohanan bola tampar dianjurkan oleh Kelab Konran VC Kota Marudu di gelanggang bola tampar Astaka Padang Pekan Kota Marudu.
Pasukan yang menyertai dari lapan daerah iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Labuan, Paitan, Keningau, Kudat, Pitas dan Kota Marudu.
Dalam kejohanan tu johan NRH dari Kota Kinabalu, naib johan Lundus Pitas dan tempat ketiga VT Lover Ranau.
Kesemua pemenang hadiah di sampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda.t
Turut hadir Pengerusi Penganjur Noraisyah Hamsal bersama ahli
Hadiah kejohanan terdiri Johan RM1,000, Naib Johan RM600 dan Ketiga RM400.00



