27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Nilai pasaran hartatanah yang mahal di Sabah dijangka akan meningkat

MASIUNG

KUALA LUMPUR: Nilai pasaran hartatanah yang sedia mahal di Sabah dijangka akan meningkat pada suku kedua tahun ini susulan penyasaran harga baharu diesel di Semananjung Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah, melahirkan kebimbangan jika tiada langkah penguatkuasaan kerajaan terhadap kenaikan harga bahan binaan sekarang, maka pasaran hartatanah di Sabah boleh melonjak antara 10 hingga 15 peratus.

Menurutnya, kenaikan harga bahan mentah itu dipengaruhi sentimen kenaikan kos pengangkutan dalam sektor hartatanah yang tidak tersenarai menerima sebarang subsidi tunai kerajaan.

” Harga bahan binaan di Semenanjung Malaysia telah bertambah antara 3 hingga 5 peratus. Ini sudah tentu penghantaran ke Sabah melalui kapal laut akan wujud harga baharu lebih tinggi.

Masiung berkata, kos logistik melibatkan proses pertukaran kapal laut di Pelabuhan Klang turut mempengaruhi kenaikan harga bahan mentah itu, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wakil Rakyat Kuamut itu kini dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di Kuala Lumpur.

Indeks kos bahan binaan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSIM) pertengahan bulan lalu menunjukan harga papan lapis, besi dan simen mencatat kenaikan sehingga 1.7 peratus.

Masiung berkata, kos pengangkutan bagi Sabah dan Labuan adalah lebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia dan ini akan turut mendorong kepada kenaikan harga bahan mentah di Sabah dalam sektor pembinaan.

Katanya, walaupun kerajaan Madani telah memberi jaminan harga bahan mentah di Sabah dan Sarawak tidak naik berikutan penyasaran harga diesel di Semenanjug Malaysia, tapi apa yang berlaku sekarang kenaikan harga barangan tidak terkawal.

Beliau mengesa Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) tidak hanya sekadar memantau tapi mereka harus turun ke lapangan untuk mengesan setiap aduan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN