Sharon (keempat kanan) dan Wenny menyerahkan cenderahati kepada Dr Eva sambil diperhati oleh yang lain
RANAU: Majlis Tindakan Penggguna Negara (MTPN) Cawangan Ranau membuat inisiatif yang dilihat mampu membantu meningkatkan bekalan darah semasa di Hospital Ranau.
Untuk tujuan itu, MTPN Cawangan Ranau yang diketuai oleh Pengurusi, Sharon Goh dan Setiausaha, Wenny Kihog telah membuat satu kunjungan hormat ke Hospital Ranau dekat sini Khamis lepas.
Rombongan MTPN tersebut disambut mesra oleh Pengarah Hospital Ranau, Dr Eva Chandra Susanti Binti Suhaili bersama Ketua Penyelia Jururawat, Maslumah Pajalis, Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Jackson Edward dan lain-lain.
Sharon memberitahu bahawa kunjungan hormat iti bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang baik di antara MTPN Cawangan Ranau dengan Hospital Ranau, sambil memberi pengenalan tentang fungsi serta visi dan misi pertubuhan itu.
“Selain itu , kami dan Dr Chandra membincangkan tentang bagaimana MTPN Cawangan Ranau dapat membantu pihak Hospital Ranau dan dapat bekerjasama dalam menjayakan kempen derma darah yang akan berlangsung pada 29 october 2022.
“Dr Chandra juga memberi inisiatif bagaimana penderma darah boleh mengisi borang sedia sebelum program tersebut untuk mempermudahkan lagi urusan semasa kempen tersebut,” katanya.
Seterusnya, Sharon menambah bahawa MTPN dan pihak Hospital Ranau juga akan bekerjasama di masa akan datang untuk menganjurkan program dan aktiviti seperti taklimat dan pendedahan tentang bagaimana boleh mencegah thalassemia terjadi.
Sementara itu, katanya, pihak hospital juga memberi cadangan dalam membuat kempen derma darah setiap tiga bulan sekali untuk membantu tabung darah Hospital Ranau.
MTPN Cawangan ranau juga berkesempatan untuk melawat pesakit talasemia di ‘day care’ Hospital Ranau di mana pesakit boleh datang harian untuk mendapat rawatan tanpa perlu di tahan di wad.
Sharon dan Wenny (kiri sekali) bersama para pesakit thalessemia di Hospital Ranau semadsa melawat bahagian day care unit berkenaan
“Selain daripada itu, Pihak Hospital Ranau membincangkan tentang kekurangan bekalan desferal machine khas untuk pesakit thalassemia Ranau. Desferal machine adalah mesin yang dibawa pulang oleh pesakit thalssemia untuk rawatan sendiri di rumah.
“Mesin ini berfungsi bagi mengurangkan zat besi berlebihan dalam darah pesakit. Selain mesin Desferal, mesin Pam Infusi merupakan antara alatan yang digunakan sebagai rawatan alternatif kepada pesakit untuk melakukan proses penyahan zat besi (iron chelation) yang berlebihan.
“Mesin ini akan di pasang selama 8 hingga 12 jam kepada pesakit. Disebabkan pesakit thalassemia semakin meningkat seramai 105 pesakit dan bekalan mesin desferal hanya mempunyai 2 mesin sahaja,” katanya.
Oleh itu, Sharon menegaskan bahawa MTPN Cawangan Ranau akan titik beratkan perkara ini dan akan berbincang dengan Pengurusi Persatuan Thalessemia Sabah, Francis Mujim untuk bagaimana dapat membantu Hospital Ranau mendapat mesin desferal yang diperlukan.
Turut hadir dalam lawatan itu, Pegawai Sains Kimiahayat, Fatin Syuhada Abdul Razak, Pegawai Farmasi, Qistina Mizan, Penyelia Jururawat, Julianah Saliun dan Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan, Angela Gimbun.