30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

NGO, MDK, jabatan dan agensi di Keningau berkolabirasi anjur program 23-26 November ini.

KENINGAU:.Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Daerah Keningau (MTPDK), Majlis Daerah Keningau (MDK) dan Kelab Belia Kadzandusun Keningau serta pelbagai jabatan/agensi kerajaan dan NGO akan menganjurkan The Crocker Range Festival kali yang ke-6 pada 23 – 26 November 2023 di Padang Bandaran Keningau.

Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau Rafie Robert bekata, festival terbesar di daerah ini dianjurkan bagi mempromosi produk
pelancongan serta kebudayaan di pedalaman atas khususnya di daerah Keningau dan sekitarnya.

Katanya, penganjuran ini salah satu program untuk merangsang ekonomi penduduk setempat dan juga menyokong produk-produk yang berasaskan komuniti kampung di daerah ini.

Rafie yang juga Pengerusi Penganjur The Crocker Range Festival 2023 (Season 6) berkata, pelbagai program akan diadakan seperti Miss Crocker Range, Kids Pageant, Pertandingan Mewarna dan Melukis Kanak-Kanak, Pertandingan Masakan Tradisi, Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Body Physique, Pertandingan Gusti Lengan, Perarakan Budaya, Pertandingan Manangon (Bercerita), Pertandingan Koir, Pertandingan Muzik Tradisi (Sompoton / Kulintangan), Auto-show, Pertandingan Tarian Kecergasan, Pameran Etnik, Pameran dan Jualan Kraftangan, pameran dan jualan hasil pertanian dan banyak lagi.

Selain itu katanya, artis jemputan tempatan turut menghiburkan kepada pengunjung seperti Stacy, Marsha Milan, Santiana Ramli, Elica Paujin Dan Firman (AF) serta banyak lagi kumpulan persembahan yang akan membuat persembahan.

“Sejak penganjuran terakhir pada tahun 2018, program ini tidak dapat diteruskan disebabkan oleh pandemik covid-19 yang melanda sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Sejak itu katanya, produk-produk pelancongan di daerah Keningau merosot dan memerlukan pemulihan semula” jelasnya.

Oleh itu katanya, pihak persatuan berusaha dalam memberi sokongan kepad produk-produk pelancongan di daerah Keningau dengan penganjuran seperti ini.

Beliau berkata, pada bulan ogos yang lepas, Pusat Informasi Pelancongan Daerah Keningau telah diwujudkan bagi memudahkan pengunjung ataupun pelancong luar untuk memperoleh maklumat produk-produk pelancongan di daerah Keningau.

Selaku pengerusi penganjur Rafie menjemput seluruh rakyat Sabah untuk hadir ke festival terbesar di daerah ini untuk memberi sokongan kepada industri pelancongan di daerah Keningau pada pada tarikh-tarikh yang telah dinyatakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN