PRESIDEN MBL 2023-2025…Nazera Roslan.
LABUAN: Mantan Ahli Parlimen Belia Wilayah Persekutuan Labuan, 2019-2023, Nazera Roslan dipilih sebagai Presiden Majlis Belia Labuan (MBL) bagi sesi 2023-2025 selepas penyandangnya Abdul Mutalib Sahari tidak mempertahankan jawatan tersebut.
Nazera yang juga Setiausaha Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Sungai Lada dipilih sebulat suara pada Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Labuan kali ke 25 yang diadakan di Tingkat 8, Menara Perbadanan Labuan pada Ahad.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Belia Anak Layangan, Ahmad Nazri dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Bendahari Kelab Belia Sungai Labu, Eyreza Ag. Besar dipilih sebagai Naib Presiden I.
Mesyuarat yang berlangsung tanpa ada pertandingan itu turut menyaksikan Pengerusi Kelab Belia Kampung Patau-Patau Satu, Yusrie Mohd Daud dilantik sebagai Naib Presiden II.
Turut dipilih dalam mesyuarat itu ialah lapan exco MBL yang baharu, mereka terdiri daripada Pengerusi Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda, Nurul Izah Zulkiflee, Bendahari Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda, Alyssa Albertus Voo, Pengerusi Kelab Belia Lubok Temiang, Mohd Hafiz Hamzah dan Bendahari kelab Belia Lubok Temiang, Rozariani Aziman.
Manakala empat lagi exco yang dipilih ialah Penolong Setiausaha Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Sungai Lada, Azrul Hairee Abdul, Pengerusi Kelab Belia Kampung Sungai Labu, Awangku Mohd Saifol Awangku Ismail, Setiausaha Kelab Belia dan Inspirasi Pulau Labuan, Nur Amalina Kamaludin dan Nurul Syakinah Sairan yang juga Bendahari Kelab Belia Kampung Patau-Patau Satu.
Sementara itu, Nazera yang juga penerima Naib Johan Anugerah Perdana Belia Peringkat Kebangsaan (2022) bertekad untuk melahirkan lebih ramai belia yang progresif.

NAZERA (duduk kanan sekali), Abdul Mutalib (duduk kiri sekali) dan Tracy (duduk tengah) bersama ahli-ahli MBL yang hadir pada mesyuarat tersebut.
“Kita ingin melihat persatuan atau kelab belia yang boleh mengharumkan menjulang nama Labuan diperingkat nasional seperti mana yang pernah dilakukan oleh Pertubuhan Belia dan Beliawanis Bukit Kuda yang berjaya mendapat johan Anugerah Perdana Belia peringkat Kebangsaan
“MBL di bawah kepimpinan saya juga ingin melihat aka nada belia belia yang mendapat tempat nbagi anugerah yang sama bagi kategori individu di peringkat kebangsaan selain berjaya mendapat tempat dalam program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti pertukaran belia antarabangsa felo perdana” katanya.
Nazera juga turut merakamkan tanda terima kasih dan penghargaan kepada mantan Presiden MBL, Abdul Mutalib yang memberi laluan kepada beliau untuk menerajui MBL.
Sementara itu mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah ( Bahagian Belia) Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Tracy Tumay Rigar.