30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Naiktaraf Jalan Kg. Bunga Raya 50 peratus siap

Robert menyampaikan kepada anugerah kepada salah seorang murid pada majlis itu. Turut kelihatan FranciCa, Dr Francis dan Japrin (kiri)

KENINGAU: Kerja-kerja menaiktaraf Jalan Kampung Bunga Raya sejauh 2.2 kilometer kini mencecah 50 peratus dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik, berkata , apabila siap sepenuhnya nanti ini sudah tentunya akan merancakkan lagi pelbagai prasarana dan akitviti sosioekonomi dan memudahkan perkhidmatan kesihatan penduduk berbanding sebelum ini.

Selain itu katanya, dengan siap jalan itu akan memudahkan penduduk kampung mengeluarkan hasil pertanian mereka disamping mudah keluar untuk berurusan ke pekan Keningau.

Robert yang juga ADUN Bingkor menyatakan perkara ini kepada media selepas merasmikan program 3 dalam 1, Tamu Muafakat PIBG,and Pondok Muafakat PIBG dan Apresiasi sesi 2022-2023 Sekolah Kebangsaan (SK) Bunga Raya dekat sini pada Rabu.

Terdahulu dalam ucapannya, Robert berbangga dengan kejayaan dan pencapaian sekolah itu dalam bidang kurikulum dan Kokurikulum.

Katanya, pencapaian yang dicapai adalah hasil kepimpinan sekolah dan komitmen warga pendidik di sekolah ini yang menjalankan komitmen masing-masing.

Berucap sama pada majlis itu Guru Besar SK Bunga Raya Dr Francis Andin, Yang Dipertua PIBG Japrin Thomas dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran Puan FranciCa John.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN