33 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Naikkan elaun Imam Rawatib dan Imam Kariah kepada RM1, 500: James

Datuk James (keenam kanan) merakam gambar bersama sebahagian masyarakat Islam Paitan yang menjayakan Program Korban Perdana, di Paitan, pada Isnin

PAITAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib menyorkan agar elaun Imam Rawatib dan Imam Kariah dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan.

Katanya, pihak berkenaan khususnya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) diminta supaya dapat menaikkan elaun Imam Rawatib daripada RM850 sebulan kepada tahap gaji minimum iaitu RM1,500 sebulan. Dan begitu juga kepada Imam Kariah, daripada gaji RM1,300 kepada minimum RM1,500 keatas.

 “Ini memandangkan kerja-kerja Imam Rawatib dan Imam Kariah bukanlah mudah, memandangkan mereka terpaksa menjaga kampung dan kampung-kampung di Sugut ini bukannya berdekatan

“Tugas sebagai imam tidak hanya terbabit dalam hal ehwal agama di masjid atau surau, bahkan menjadi orang penting dalam pentadbiran dan pengurusan daripada orang hidup hingga mereka yang sudah meninggal dunia.

“Imam-imam kita memerlukan kos perbelanjaan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk menghadiri program keagamaan dan sebagainya.

“Jadi saya mohon kepada pihak kerajaan supaya dapat menaikkan elaun Imam Rawatib dan Imam Kariah kepada gaji minimum kerajaan iaitu kepada RM1,500 keatas,” kata beliau.

James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, berkata demikian semasa mengerjakan ibadah Hari Raya Aidiladha ataupun Hari Raya Korban tahun 2024 yang diadakan di Pejabat Daerah Kecil Paitan pada hari Isnin.

“Selamat Hari Raya Aidiladha tahun 2024. Di sini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran masyarakat setempat serta  pemimpin-pemimpin kampung hadir untuk bersama-sama mengerjakan ibadah Korban di Pejabat Daerah Kecil Paitan.

“Pada hari ini kita menyembelih dan korbankan sebanyak 10 ekor lembu sempena Aidiladha 2024. Daging korban ini seterusnya diagih-agihkan kepada semua golongan penerima,” jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN