Ghani diperkenalkan kepada semua kontinjen kejohanan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, sukan perlu dipergiatkan lagi dalam pelaksanaan bukan sahaja sukan olahraga tetapi sukan seperti bola sepak dan lain.
Katanya, ini amat penting kerana kegiatan sukan juga boleh menghindarkan penglibatan masyarakat khususnya golongan muda daripada kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral selain untuk kecederasan minda dan kesihatan.
“Untuk ini guru-guru dan masyarakat perlu berganding bahu dalam usaha membangunkan sukan di daerah” katanya.
Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri (LKTNS) berkata demikian semasa berucap merasmikan
Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan 2 di Kompleks Sukan di sini kelmarin.
Ghani turut menyarankan agar pihak jabatan pendidikan perlu peka dengan perkembangan Ko kurikulum dan kurikulum yang di cadangkan oleh pihak kementerian agar daerah ini tidak tertinggal dalam arus perkembangan pendidikan.
Mengenai kekurangan prasarana sukan di daerah ini Ghani berkata, pihaknya bersama dengan jabatan dan agensi serta pemimpin-pemimpin masyarakat akan berganding bahu merancang pembangunan prasarana sukan di daerah ini.
Pada majlis itu Ghani meluluskan sumbangan kewangan RM3,000.00
untuk SMK Nabawan 2 untuk persediaan MSSS Daerah Nabawan.
Turut beucap wakil Pegawai Pendidikan Daerah Nabawan Josie Paulus da Pengetua SMK Nabawan 2 Joshua Tuah.