28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Muhasif: KD, dan semua KAN, WKAN dan Kapitan di Ranau sudah lengkap dos vaksin

RANAU: Semua Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Kapitan Cina di daerah ini sudah menerima suntikan vaksin lengkap dua dos,  kata Ketua Daerah Ranau, OKK
Muhasif Bin Haji Ruman.(gambar)

Beliau berkata, seramai 11 KAN, 47 WKAN dan tiga Kapitan Cina (DUN Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan) sudah menerima suntikan dua dos lengkap bagi mengekang jangkitan Covid-19.

“Sementara  95 peratus daripada 208 
orang Ketua Kampung di daerah ini sudah menerima suntikan vaksin  lengkap dos dua”, katanya ketika dihubungi pagi tadi

Beliau menyeru kepada  Ketua-Ketua kampung yang belum divaksinasi supaya datang berbuat demikian untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan komuniti di tempat masing-masing.

“Saya menyeru kepada mereka sama ada Ketua Kampung atau bukan ketua kampung, perlu menyahut seruan kerajaan supaya menerima suntikan vaksin bagi mengekang jangkitan  Covid-19 yang belum berakhir melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

Muhasif meminta kepada semua KAN, Kapitan Cina dan WKAN di daerah Ranau supaya ‘Turun Padang’ memanatau sambil menyeru penduduk yang belum divaksin supaya hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk divaksinasi tanpa berasa takut kerana semua vaksin seperti Pfizer, Sinovak dan Cansino adalah selamat digunakan seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

” Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga, Jaga Komuniti, Lindung Diri, Lindung Semua”, tambah Muhasif.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN