JOHAN…. Mohamad Nur Aiman menerima hadiah daripada Rithuan.
LABUAN: Pelumba dari Sapura Cycling Club, Muhammad Nor Aiman Rusli menjuarai Kejohanan Labuan Ride 2022 kategori Lelaki Elit yang diadakan di sini, pada Ahad.
Pada perlumbaan sejauh 72 kilometer itu, Muhammad Nor mencatatkan masa terpantas 1 jam 36 minit 56 saat untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan plak.
Naib johan bagi kategori itu dimenangi oleh Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff dari TSG Cycling Club dengan catatan masa 1 jam 37 minit 29 saat membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan plak.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pelumba Sapura Cycling Club, Mohamad Saari Amri Abd. Rasim dengan catatan masa 1 jam 37 minit 29 saat untuk menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan plak.
Sementara itu, Maximillian Fon Hung Chiat menjuarai kategori Lelaki A selepas menamatkan perlumbaan dengan masa 1 jam 46 minit 20 saat.
Naib johan dimenangi oleh Yusof Ngongoloy dengan catatan masa 1 jam 46 minit 20 saat dan tempat ketiga dimenangi oleh Wan Muhd Hidayat Wan Hassan dengan catatan masa yang sama 1 jam 46 minit 20 saat.
Bagi kategori Lelaki B, johan dimenangi oleh Mohammad Radzi Tamat dengan catatan masa 1 jam 46 minit 30 saat.
Tempat kedua dan ketiga masing masing dimenangi oleh Silas Michael Marti dengan catatan masa 1 jam 47 minit 54 saat dan Tony Tan dengan catatan masa 1 jam 48 minit 15 saat.
Turut dipertandingan kategori MTB Open yang menyaksikan pelumba Nicklos Minol muncul juara dengan catatan masa 1 jam 49 minit 13 saat.
Tempat kedua dimenangi Muhammad Azran Ridzwan dan tempat ketiga dimenangi oleh Shahrin Amir.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.
Kekohanan yang julung kalinya diadakan anjuran Perbadanan Labuan dengan kerjasama TSS Cycling Club telah disertai seramai 580 peserta melibatkan daripada pelbagai kelab basikal dari dalam dan luar Labuan termasuk dua pasukan elit negara iaitu Terangganu Polygon Cycling dan Sapura Cycling Team.
Terdahulu sebelum itu, majlis perlepasan telah disempurnakan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.