27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Muhammad Asyraf johan pertandingan Azan sempena Program Pahlawan Subuh

HADIAH… Bashir menyampaikan hadiah johan kepada Muhammad Asyraf sambil diperhatikan Ahmad (dua kiri), Dzulfaizal dan Jakiah (kanan

LABUAN: Murid Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT), Muhammad Asyraf Anwari Mohd Nazri muncul johan Pertandingan Azan sempena Program Pahlawan Subuh di Masjid Al-Muzakirullah Kampung Lubok Temiang, baru-baru ini.

Naib johan Qayyum Mahdie dan ketiga Awangku Hafizullah Awangku Mustakim.

Seramai 10 peserta yang kesemuanya murid Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) menyertai pertandingan itu yang dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila, Timbalannya, DSP Ibrahim Ghani dan Pengerusi Masjid, Jakiah Awang.

Hadir sama Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Manan dan Ketua Kampung Lubok Temiang, Awangku Sazali.

PEGAWAI… dan anggota IPD Labuan serta jemaah merakam kenangan bersama Bashir dan Supt, Ahmad.

Turut diadakan sempena program itu ialah penyampaian bakul makanan  sambil berziarah penerima (asnaf)  sumbangan  serta tazkirah yang disampaikan  oleh Pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan, Ustaz Shahirul Abdullah yang bertajuk ‘Mati Itu Pasti’.

Terdahulu Supt. Ahmad menyampaikan khutbah Jumaat sempena program Kembara Jumaat IPD Labuan.

Bashir yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan ketika berucap, menzahirkan  ucapan terima kasih kepada pegawai dan anggota IPD Labuan yang berusaha gigih menjaga keselamatan demi keamanan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan Labuan.

Pada masa sama, beliau menyeru warga Labuan untuk bekerjasama dengan memberikan maklumat dan membantu IPD Labuan menjaga ketenteraman awam.

“Warga Labuan amat bertuah kerana dapat hidup dalam suasana yang harmoni, aman dan tenteram hasil kebijaksanaan pegawai dan anggota IPD Labuan menjaga keselamatan di pulau ini,”katanya.

Ahmad pula berkata program itu bertujuan untuk merapatkan hubungan pegawai dan anggota IPD Labuan dengan komuniti Kampung Lubok Temiang selaras dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN