25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MTPN Cawangan Ranau membuat kunjungan hormat ke Pejabat Adun Kundasang

Sharon (dua kiri) dan kumpulannya menyampaikan token kepada Japli ketika melawat Pejabat Adun Kundasang baru-baru ini

RANAU: Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Ranau diketuai Pengurusnya, Sharon Goh membuat kunjungan hormat ke Pejabat Adun N36 Kundasang dekat sini baru-baru ini.

Rombongan daripada MTPN itu disambut Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Adun Kundasang Datuk Dr Joachim Gunsalam, Japli @ Jeff Sami.

Menurut Sharon, kunjungan hormat itu bertujuan menjalinkan hubungan baik di kawasan DUN Ranau dan memberi pengenalan kepada fungsi MTPN serta visi dan misinya.

“MTPN juga mahu menjalinkan komunikasi yang baik dengan mewujudkan program bersama pemimpin politik di daerah Ranau dan Kundasang yang boleh memberi impak besar kepada masyarakat di daerah Ranau dan Kundasang contohnya dengan penganjuran Kempen Derma Darah.

“Seperti yang diketahui umum, peningkatan jumlah pesakit talasemia di daerah Ranau ialah 104 pesakit dan memerlukan pemindahan darah setiap dua minggu dan purata penggunaan pesakit talasemia ialah 208 orang dalam sebulan.

“Jumlah ini belum lagi mengambil kira kes biasa pesakit seperti pembedahan, bersalin dan kes kecemasan. Sebab itu program ini sangat penting untuk kita semua hari ini,” katanya.

Ke arah itu, Sharon berkata, MTPN Cawangan Ranau berbincang dengan pejabat Adun Kundasang mengenai Kempen Derma Darah yang akan berlangsung pada 29 Oktober 2022 bagi membantu Hospital Ranau mendapatkan bekalan darah yang mencukupi.

Pada masa sama, beliau berkata MTPN akan bekerjasama dengan Persatuan Belia Ranau, belia dan sukan serta badan NGO lain serta menjemput atlet dan jurulatih berkebolehan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat Ranau tentang pelbagai jenis pertandingan dan acara latihan & sukan.

Katanya, latihan ini juga bukan sahaja tertumpu kepada golongan dewasa tetapi memberi platform kepada golongan muda untuk menceburi bidang tersebut dan pada masa hadapan kita dapat melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama negara.

Tambahnya, pihak Japli menjemput MTPN hadir ke SK Mesilau baru-baru ini untuk mengenali dan menjalinkan hubungan rapat antara badan NGO yang hadir pada program tersebut dan mengambil kesempatan bertemu Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian.

“Dalam lawatan itu, kami kemudian berpeluang bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri sendiri dan Japli dalam program rawatan pergigian yang dikendalikan oleh NGO di SK Mesilau Kundasang. Adun juga memberi respons positif terhadap hasrat kami,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN