25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MSWP hulur bantuan RM88,000 kepada 24 persatuan sukan di Labuan

SERAH…Shahidan (tengah) menyerahkan secara simbolik Bantuan Pentadbiran Sukan kepada Haji Rithuan  sambil diperhatikan Bashir (kiri sekali),  Ramlan (dua dari kanan) dan  Zaizalnizam zainun  (kiri sekali)

LABUAN: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) menghulurkan bantuan kepada 24 buah persatuan sukan di Labuan membabitkan peruntukan RM88,000.

Majlis penyerahan bantuan tersebut disempurnakan  Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kasim sempena Majlis Penyampaian Bantuan  Pentadbiran Persatuan Sukan yang diadakan di Hotel Lazenda, dekat sini, pada Sabtu.

Setiap persatuan menerima antara RM3,000 hingga RM5,000.

Hadir sama menyaksikan majlis itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail dan  Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Datuk Ramlan Shahean @ Askolani.

Pada majlis itu, Shahidan turut  menyampaikan Bantuan Awal Institut  Pengajian Tinggi oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kepada atlit Ragbi  wanita Labuan, Zaryssa Awang Danial yang bakal mengikuti Kursus Diploma Pengajian Sukan di Universiti Teknologi MARA, Semarahan Sarawak.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Shahidan menzahirkan rasa yakin persatuan sukan yang ada  di Labuan mempunyai kemampuan untuk  melahirkan lebih ramai atlet berbakat tinggi yang  berpotensi suatu hari nanti  terpilih mewakili negara hingga ke peringkat Sukan Olimpik.

“Saya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan berharap lebih banyak persatuan sukan di Labuan melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi tinggi terutama sekali Labuan yang mempunyai kelebihan tersendiri untuk pembangunan sukan berasaskan air” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN