25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MSSD Keningau terima suntikan kewangan daripada ADUN Bingkor

Garret mewakili Robert menyampaikan sumbangan kewangan kepada Davy Cornelius.

KENINGAU: Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah ( MSSD ) Keningau menerima sumbangan suntikan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan itu telah diserahkan oleh Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( UPPM) N.40 Bingkor Garret Patrick kepada wakil MSSD Keningau Davy Cornelius Misir.

Pengerusi Teknikal dan Pembangunan Sukan Boling Ten Pin MSSD Keningau Suhaila Sahaji berkata, sumbangan daripada Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya itu adalah untuk membiayai Pasukan Boling Ten Pin yang akan bertanding dalam pertandingan MSS Sabah bertempat di KK Glaxy Bowl Centre Point Kota Kinabalu pada bulan Ogos ini.

Suhaila mewakili MSSD Keningau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Robert atas sumbangan yang diberikan itu.

Katanya, sumbangan tersebut amat bermakna sekali kepada Pasukan Boling Ten Pin yang kerana dapat membiayai perbelanjaan dan keperluan pasukan.

Turut menerima sumbangan kewangan daripada Robert adalah Majlis Kebajikan Sukan Dan Rekreasi (MAKSUR ) Cawangan Keningau.

Sumbangan tersebut untuk mengisi tabung MAKSUR Cawangan Keningau itu juga diserahkan Garret Patrick kepada Pengerusi MAKSUR Cawangan Keningau Ag Mohd Sharil Karim.

Menurut Ag Mohd Sharil, kewangan yang diterima itu adalah untuk membiayai keperluan dan perbelanjaan semasa menyertai sukan tahunan MAKSUR Jabatan Kebajikan Am Negeri yang akan diadakan di Kota Kinabalu bulan ini.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert atas keikhlasan menghulurkan sumbangan kewangan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN