Geberil (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Jonathan diperhatikan yang lain.
RANAU: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), mempelawa penduduk khususnya para Pekebun kecil Sawit di daerah ini untuk memanfaat pelbagai kemudahan yang disediakan.
Ini termasuklah bantuan kewangan bagi mengusahakan Ladang Ternakan Unggas di kawasan tanaman sawit dengan syarat tanah mesti bergeran dan ada pengesahan bertulis daripada pihak Jabatan Pertanian.
Ketua Pejabat MPOB daerah Ranau, Gebriel Bin Karang berkata, masih ramai pekebun kecil sawit yang belum mengetahui kemudahan tersebut untuk dimanfaatkan untuk meningkatkan ekonomi keluarga para pekun kecil.
“Kemudahan ini sebenarnya sudah lama disediakan pihak MPOB tetapi sedikit sahaja yang mengetahuinya”, jelas Gabriel ketika mengetuai serombongan lima orang kakitangan MPOB Ranau yang mengadakan Kunjungan Hormat kkepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau baru-baru ini.
Beliau seterusnya, mengemukakan permohonan kepada Datuk Jonathan agar membantu MPOB Ranau yang akan tamat penggunaan ruang pejabat di Wisma KTS Ranau pada November tahun 2022.
“Kami diarah untuk pindah pejabat MPOB ke bangunan lain atau kami (semua kakitangan) ditukarkan ke daerah lain”, jelas Gabriel sambil memohon kprihatinan daripada Datuk Jonathan.
Menurut Gebriel, peranan dan sumbangan khidmat kemudahan MPOB masih diperlukan kira-kira 1,575 Pekebun Kecil Sawit daerah Ranau yang terpaksa berurusan ke pejabat MPOB Kota Kinabalu atau Telupid yang sudah pasti memakan kos (belanja) perjalanan membebankan para pekebun kecil Sawit dari daerah Ranau.
Sementara itu, Jonathan reaksinya terhadap arahan untuk pindan pejabat MPOB di Ranau menyifat kurang praktik kerana jika ia dilaksanakan akan memberi impak dan masalah kepada Pekebun Kecil Sawit di Ranau.
“Saya akan cuba bawa berbincang dengan pihak Pegawai Daerah Ranau untuk membantu mencari mana-mana ruang untuk menempatkan pejabat MPOB di Ranau”, jelas Datuk Jonathan.
Beliau turut memuji inisiasif pihak MPOB kerana mewujudkan pelbagai kemudahan dan sumbangan kepada para Pekebun Kecil Sawit di Ranau.
Turut hadir sempena
kunjungan itu ialah, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda bersama beberapa orang Staff Pejabat Parlimen Ranau.
Kunjungan berakhir dengan penyampaian Cenderakenangan disampaikan Gebriel kepada Datuk Jonathan.