23.8 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MPM perkukuh hubungan kerjasama dengan Agensi Kerajaan

LABUAN: Pengendali Pelabuhan Labuan Megah Port Management (MPM) Sdn Bhd komited menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan.

Pengarah Urusan MPM Sdn. Bhd, Datuk Seri Pactrik Tiong berkata, usaha itu bagi memastikan aktiviti pelabuhan dan operasi kargo berjalan dengan lancar, cekap dan mematuhi keperluan kawal selia yang ketat.

Selain itu katanya, pihak syarikat juga sentiasa aktif berkolaborasi dengan pelbagai pihak berkuasa dalam meningkatkan standart operasi udan kelestarian alam sekitar.

“Ini seiring dengan pelarasan operasi dengan peraturan nasional dan antarabangsa dalam pertumbuhan ekonomi serantau”, katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan di salah sebuah hotel disini, pada Rabu.

Beliau turut mengakui peranan agensi dalam membantu mengharungi lanskap industri maritim yang sentiasa berkembang.

Pactrik berkata, pihaknya secara proaktif melaksanakan dasar dengan rangka kerja kawal selia yang ditetapkan selaras dengan komitmen syarikatnya.

Beliau berkata MPM akan terus melabur dalam infrastruktur dan teknologi terkini untuk meningkatkan lagi kecekapan.Di samping, mengoptimumkan proses pengendalian kargo.

“Ia sekaligus menyokong cita-cita ekonomi dan perdagangan Malaysia yang lebih luas serta mengukuhkan daya saing Labuan sebagai hab Maritim”, katanya.

Dalam waktu yang sama, MPM terus berdedikasi untuk mengukuhkan dengan pihak berkepentingan industri untuk menangani cabaran dalam sektor maritim dan logistik.TAMATGambar:PACTRIK (tengah) bersama Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan yang hadir pada majlis tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN