30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MPKK Kg.Tetagas Tampil Jelaskan Kekeliruan Antara KKM

FOTO-Epol Talu, Pengerusi MPKK Kg. Tetagas Nabawan.

NABAWAN: Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)Kampung Tetagas tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)dan Jawatankuasa Bilik Gerakan Pusat Kawalan Operasi (PKOB)daerah Nabawan dengan penduduk kampung berhubung dengan cadangan menjadikan Asrama Desa Sekolah Kebangsaan(SK) Tetagas sebagai pusat kuarantin COVID-19 bagi Daerah Nabawan.

Pengerusinya Epol Talu berkata, sebenarnya penduduk Kampung Tetagas tidak membantah jika penduduk dimaklumkan terlebih dahulu berhubung cadangan pengwujudan pusat kuarantin itu.

Katanya, pada 23 April bersamaan hari Khamis yang lepas penduduk Kampung Tetagas cemas dengan kehadiran para kakitangan KKM di SK Tetagas untuk membersih Asrama tersebut kerana telah di putuskan dalam mesyuarat PKOB untuk di jadikan sebagai pusat kuarantin.

“Ini berlaku kerana penduduk kampung tidak di maklumkan terlebih dahulu menyebabkan mereka cemas  dan terkejut serta bimbang dengan ketenteraman dan keselamatan mereka” katanya kepada wakil Borneo Daily Buliten di sini.

Katanya, kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG )tidak diberitahu dan tidak ada penjelasan berhubung dengan tahap keselamatan penduduk kampung dan sebagainya.

Jelasnya, keputusan mengwujudkan Asrama Desa sebagai pusat kuarantin perlu mengambil kira keselamatan para murid terutama penghuni asrama kerana ia boleh melunturkan keyakinan ibubapa untuk mengahntar anak ke asrama dan tambahan lagi sekolah tersebut di kelilingi oleh rumah penduduk kampung.

“Kami tidak membantah segala usaha kerajaan demi kepentingan awam cuma kekeliruan berlaku apabila penduduk kampung tidak dimaklumkan lebih awal melalui MPKK dan Ketua Kampung” katanya.

Dalam pada itu Epol mewakili penduduk Kampung Tetagas memohon maaf kepada semua Jawatankuasa PKOB atas kekeliruan ini sehingga perkara itu telah dipindahkan ke pusat yang lebih sesuai dan tidak melibatkan ketenteraman awam.

“Mohon juga kepapda semua masyarakat Daerah Nabawan Pensiangan agar dapat memahami situasi kami yang begitu risau soal keselamatan nyawa behubung penularan pandemik COVID-19 yang begitu serius mengancam nyawa” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Epol berkata, berhubung dengan kematian arwah Ampalus Angkir pada 24 April lepas, kematian beliau adalah atas faktor usia tidak kena mengena dengan pandemik COVID-19. 

Walau bagaimanapun waris atau seluruh keluarga arwah akur  dan mematuhi PKP atas pengkebumian arwah mengikut SOP  PKP COVID-19.

“Seluruh keluarga arwah memohon maaf kepada semua petugas barisan hadapan di atas sedikit ketagangan pada masa itu kerana atas ketidaksefahaman pada mulanya. Keluarga arwah pada mula tidak dapat menerima kehendak KKM untuk mengurus mayat dikebumikan mengikut SOP PKP COVID-19 kerana tidak mendapat makluman awal” katanya.

Katanya lagi, ini juga disebabkan tidak ada  pemakluman awal oleh pihak berkenaan menyebabkan situasi sedikit tegang pada mulanya namun semuanya dapat diatasi secara menang-menang di antara pihak petugas barisan hadapan dan seluruh keluaraga arwah.

Beliau juga meminta kepada semua lapisan masyarakat agar dapat mematuhi segala peraturan PKP dan yang telah di tetapkan oleh PKOB Daerah. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN