Para wakil Surau menerima sumbangan yang disampaikan Jalubin diperhatikan Lajim (kanan) bersama yang lain.
RANAU : Syabas dan tahniah kepada kepimpinan Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P.179 Ranau, kerana memanfaatkan 1 Mei, meskipun Hari kelepasan Am atau Cuti Umum Hari Pekerja, digunakan sebagai ruang dan peluang untuk berkonvoi menyampaikan sumbangan derma dan buah Kurma di 26 buah Masjid dan surau kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kundasang, Dun Karanaan dan Dun Paginatan.
Penyarahan buah Kurma kepada 26 buah Masjid dan Surau di Dun Kundasang dan Paginatan disempurnakan krew Pejabat Parlimen Ranau terdiri daripada, Lajim Haji Abdul Momin, Moris Majangki, Jalubin, Luis Sinti, Primus dan Suzi yang mewakili Jonathan Yasin.
Sementara penyampaian sumbangan derma dan Kurma di Dun Karanaan diwakili, Madran Sanip dan Zita Fedilis.
Masjid dan surau terlibat di Dun Kundasang dan Dun Paginatan ialah, Masjid Kg.Timbua, Masjid Kg.Tanid Malinsau, Masjid Kg.Pinampadan, Surah Kg.Marungin 1&2, Surau Kg.Linapasan, Surau Kg.Sumbilingon, Surau Kg.Malinsau Darat, Surau Kg.Karagasan, Surau Kg.Gusi, surah Kg.Agan, Masjid Kg.Napong 1, Surau Kg.Napong 2, Surau Kg.Pinutudaan Surau Kg.Sinurai, Surau Kg.Marungin 2, Surau Kg.Lobou Lama, Surau Kg.Lobou Baru, Surau Kg.Daramakan, Surau Kg.Togop Darat, Surau Kg.Monggis, Surau Kg.Pinawantai, Surau Kg.Tarawas, Surau Kg.Tinutuan, Surau Kg.Lobou Timbua dan Surau Kg.Debut.
Sehari sebelum 1 Mei, sumbangan seumpamanya (Buah Kurma) telah disampaikan di beberapa buah Masjid dan surau kawasan Dun Paginatan dan DUN Karanaan termasuklah di Masjid Al-Amal Kg.Luanti, Surau Kg.Sedul, Surau Kg.Nalapak, Masjid Al-Takwa Randagong, Surau Kg.Tungou, Surau Kg.Mumpait, Surau Kg.Lagkau, Surau Kg.Kosisingon, Surau Kg.Poropot dan Surau Kg.Kinarasan.
Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin ketika dihubungi memberitahu, sumbangan berupa buah Kurma itu adalah tanda ikatan perpaduan dan kekeluargaan dikalangan masyarakat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa bulan Ramadan.
“Kita mengharapkan sumbang itu mampu meningkatkan permuafakatan dikalang an masyarakat Islam dengan mereka yang bukan seagama dengan mereka yang sama-sama terkesan dengan pandumik Covid-19 yang kini menular di seluruh dunia.
“Dalam mendapani keadaan sekarang, kita telah menyalurkan bantuan berupa Barangan Makanan (BarMa) untuk meringankan beban golongan miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mereka yang sakit telantar”, jelas Jonathan sambil menyeru penduduk supaya sentiasa mematuhi arahan kerajaan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini masuk Fasa ke-4 (29April-12 Mei) bagi memutuskan rantaian Covid-19.
“Amalkan kebersihan diri, Stay At Home’ bersama keluarga tersayang masing-masing”, tambahnya. TAMAT