26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MP KINABATANGAN SAMPAIKAN 500 BUAH BAKUL MAKANAN DI ZON PENANGAH

SERAH…Rahya yang mewakili Bung turut menyampaikan bantuan kepada salah seorang penduduk di majlis tersebut.

KUAMUT: Sebanyak 500 biji bakul makanan telah di agih-agihan di zon Penangah yang merangkumi 5 buah kampug iaitu kampung Stesyen Penangah,Malikop ,Dewaea,Sariwati dan Pinangah Dalam.

Bakul makanan tersebut sumbangan Ahli Parlimen Kinabatangan Dato Sri Bung Moktar Radin dimana Penangah terletak di kawasan Parlimen Kinabatangan .

Menurut Bung (gambar) yang juga Timbalan Ketua Menteri ketika di hubungi berharap sumbangan tersebut dapat merigankan sedikit bebenan yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terjejas pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan menyebabkan mejoriti mereka tidak dapat keluar untuk bekerja mencari nafkah kehidupan.

“ Walaupun (PKPB) di tamatkan di beberapa buah kawasan namun kesanya selama lebih dari tiga bulan dikuatkuasakan turut menjejaskan kehidupan masyarakat khususnya di luar bandar ,justeru saya mengarahkan pegawai-pegawai saya turun padang untuk mengagih-agihkan bantuan ini” katanya.

Kawasan Penangah terletak di kawasan pedalaman kawasan Parlimen Kinabatangan kira kira 4 jam perjalananan menggunakan kenderaan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk sampai ke kawasan ini, bagaimanapun konvoi yang membawa lori bantuan makanan selamat sampai untuk menyerahkan bantuan bakul makanan tersebut.

Bung yang diwakili oleh Pegawai Khas Beliau Majid Lindan bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kuamat Abdul Hashim Tokyo,Ahli Majlis Daerah Tongod Laising Pondok,bekas Adun Kuamut Johnny Intang ,Abdul Agas dan Rahya Arpiah telah mengagih-agihkan bantuan tersebut kepada penduduk kampung yang terlibat.

Dalam pada itu Bung yang juga Menteri Kerja Raya dan Adun Kawasan Lamag meminta pemimpin masyarakat kampung Ketua Kampung,Pengerusi MPKK,Ketua cawangan dan pemaju mukim agar melaporkan kepada beliau atau pegawai pegawai beliau di Pusat Khidmat Parlimen Kinabatangan bagi penduduk di kawasan tersebut yang terlepas pandang untuk menerima bantuan bakul makanan.
“ Kawasan Parlimen Kinabatangan agak luas ,sedikit kesukaran untuk kita mengaih-agihkan bantuan ini, bagaimanapun peringkat demi peringkat bantuan bakul makanan ini telah kita sampaikan kerana kita faham semua pihak turut terjejas dengan penularan Koronavirus Covid 19 ini” jelas Bung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN