27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MoU BEST akan perkuatkan lagi GRS: Robert

Robert (duduk keenam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama barisan kepimpinan StarSabah Bahagian Klias.

BEAUFORT: Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dikenali BEST akan memperkuatkan lagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor.

Timbalan Presidennya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, baru-baru ini
StarSabah dan PBS telah bersetuju mengujudkan kerjasama berjaya menandatangani MOU.

“Kerjasama ini sudah tentu penyumbang kemenangan besar GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang” katanya.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan ADUN Bingkor berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tri-Tahunan Parti STARSABAH Bahagian N.32 Klias sesi 2024 – 2027.

Beliau dalam ucapan turut memuji Bahagian itu kerana dapat melaksanakan mesyuarat agung yang amat penting untuk parti.

“Dengan kehadiran ahli-ahli StarSabah di bahagian itu, mencerminkan parti pimpinan Presidennya Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Datuk Kitingan mendapat sambutan dan sokongan yang amat menggalakkan di bahagian itu khususnya dan amnya di negeri Sabah.

Robert beryakinan dengan sokongan yang diterjemahaan dalam Mesyuarat ini sudah tentu ianya memberi isyarat kepada GRS akan mrmperolehi kemenangan yang besar pada PRN akan datang.

Pada masa sama beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan StarSabah Bahagian N.32 Klias atas penghargaan menjemputnya untuk merasmikan mesyuarat agung Tri Tahunan Bahagian itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN