24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MOTAC peruntukan RM760,000 untuk menaik taraf kemudahan pelancongan Labuan

DR. FARY ketika bercakap kepada media selepas meninjau lokasi pemasangan poster di Terminal Lapangan Terbang Labuan.

LABUAN: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah memperuntukan sebanyak RM760,000 bagi kerja-kerja menaik taraf dan penyelengaraan serta pengubahsuaian sektor pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman berkata daripada jumlah itu sebanyak RM640,000 diperuntukan untuk menaik taraf tiga infrastruktur pelancongan membabitkan kerja-kerja pembesaran dewan Anjung Budaya, penyelengaraan penghawa dingin dan pendawaian elektrik di Muzium Marin Labuan dan meningkatkan infrastruktur Selera Manikar.

TINJAU… Dr,Fary (kiri) bersama Amat (tengah) dan Ibrahim ketika meninjau lokasi pemasangan poster di Terminal Lapangan Terbang Labuan.

“Manakala sebanyak RM120,000 diperuntukan untuk mengendalikan enam projek kecil iaitu menggantikan poster pelancongan yang sudah berusia lima tahun serta menambah lukisan mural di pintu-pintu masuk utama khususnya di Terminal Lapangan Terbang Labuan” katanya kepada media selepas meninjau lokasi pemasangan poster baharu di Lapangan Terbang Labuan, pada Isnin.

Selain itu katanya, peruntukan tersebut juga akan digunakan bagi menyelengara lokasi pelancongan di Chamney, Gedung Ubat dan juga tempat melihat matahari terbenam di Bukit Kubung.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya serta Ketua Setiausaha Kementerian itu yang memberikan peruntukan bagi meningkatkan kemudahan pelancongan di pulau ini.

“Peruntukan yang diperolegi ini adalah sebahagian daripada usaha Perbadanan Labuan untuk memulihkan sektor pelancongan domestik selepas terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi dan Pengurus Malaysia Airport Labuan, Amat Madin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN