MoTAC Labuan  tinjau lokasi  produk pelancongan  secara langsung  melalui FB Live Tour

Home Tempatan MoTAC Labuan  tinjau lokasi  produk pelancongan  secara langsung  melalui FB Live Tour
MoTAC Labuan  tinjau lokasi  produk pelancongan  secara langsung  melalui FB Live Tour

PENGUSAHA produk makanan tradisional dari Kampung Patau-Patau bersama Azmi (berdiri belakang lima dari kanan)  dan staf MoTAC dalam program FB Live MoTAC di Pusat Aktiviti Homestay Kampung Patau-Patau Dua baru baru ini.

LABUAN: Sejajar dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan pembukaan sektor pelancongan secara terkawal  khususnya di kawasan PPN fasa 4, Pejabat Pelancongan Seni Budaya (MoTAC)  Labuan telah mengambil inisiatif  meninjau beberapa lokasi produk pelancongan    sebagai usaha menghidupkan semula semangat  pengusaha produk produk pelancongan selepas terbantut akibat pandemik Covid 19 yang melanda Negara sejak tahun 2020.

Sehubungan dengan itu, Penolong Pengarah MoTAC Labuan, Azmi Ahmad Ross  telah  menganjurkan program Demo Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tradisional Masyarakat Labuan yang melibatkan beberapa pengusaha homestay dan pengusaha produk makanan tradisional  secara langsung melalaui FB Live Tour MoTAC Labuan di Pusat Aktiviti  Homestay Kampung Patau-Patau, baru baru ini.

KUIH TRADISIONAL….. pengusaha bersama staf MoTAC menunjukkan pelbagai  kuih tradional masyarakat tempatan.

Azmi berkata, program berkenaan bertujuan untuk memberi semangat kepada pengusaha produk pelancongan di pulau ini supaya kembali  aktif  untuk memasarkan produk mereka kepada pengunjung yang akan melancong ke Labuan.

“Dengan pembukaan sektor pelancongan secara terkawal ini, adalah menjadi harapan kepada  pengusaha produk pelancongan tempatan  dapat bergerak aktif semula setelah sekian lama mengalami kemurungan sejak Mac 2020 yang lalu” katanya ketika dittemui pada majlis itu.

Selain itu katanya ia juga bertujuan untuk mempromosikan semula produk-produk pelancongan yang terdapat di pulau ini.

Pada program tersebut beberapa pengusaha peroduk Makanan Tradisional  dan pengusaha homestay menyertai program tersebut dengan mempamerkan dan memperkenalkan semula  kepelbagaian makanan tradisonal masyarakat tempatan termasuk demontrasi membuat ambuyat.

Turut diadakan ialah demontrasi menangkap ikan mengunakan  sangkar bubu oleh salah seorang pengusaha homestay kampung Patau-Patau Dua.