28 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mohd Rafi santuni masyarakat Tionghua yang perlukan pembelaan

BINCANG…. Mohd Rafi berbincang dengan Goh untuk membantu beberapa masyarakat Tionghua Sungai Keling yang perlukan pembelaan kerajaan.

LABUAN:  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi menyantuni masyarakat Tionghua di Kampung Sungai Keling  yang perlukan pembelaan  daripada kerajaan.

Beliau  yang diiringi Ketua  Kampung Sungai Keling, Goh Siew Ling berpeluang menyantuni beberapa penduduk Tionghua yang memerlukan bantuan rumah  daripada pihak kerajaan.

“Siapa kata masyarakat Tionghua di pulau ini hidup dalam serba kesenangan itu adalah tidak tepat… realitinya  ada juga sebahagian mereka yang hidup dalam serba kekurangan yang  memerlukan pembelaan daripada kerajaan” katanya selepas menyantuni beberapa masyarakat Tionghua di Kampung Sungai Keling, baru baru ini.

MOHD RAFI ketika menyantuni salah seorang penduduk tionghua Sungai Keling yang tinggal disebuah rumah hanya berdindingkan papan lapis tempat berteduh.

Sehubungan dengan itu, Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan  telah memberikan komitmen untuk membantu beberapa penduduk kampung berkenaan yang telah dikenal pasti untuk mendapatkan rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Saya amat berterima kasih kepada Ketua Kampung Sungai Keling yang amat komited dan prihatin terhadap warganya….. saya akan bantu menyuarakan  permasalahan yang dikemukakan oleh Goh untuk mendapatkan pembelaan daripada kerajaan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN