GAMBAR: MOHD KHAIRUL (duduk tengah) bersama jawatankuasa baharu PESAKA Labuan sesi 2023-2024.
LABUAN: Mohd Khairul Haji Ghani dipilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) Persatuan Silat Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan (PESAKA) yang baharu bagi sesi 2023-2024.
Mohd Kharul, 43, menewaskan penyandang jawatan itu, Mazlan Datuk Mohd Din dengan kelebihan empat undi pada Mesyuarat Agung persatuan itu yang diadakan di Hotel Malati Inn, pada Ahad.
Naib Yang Di Pertua (NYDP) masing masing di sandang oleh Aziz Japar dan Anuar Barzuri.
Manakala jawatan Setiausaha dan Bendahari disandang oleh Airol Azmi Abd Ghani dan Muhammad Nurakmal Mustamin.
Jawatan Timbalan Setiausaha diamanahkan kepada Muhd Azrul Abdul.
10 Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang dipilih bagi melengkapkan jawatankuasa PESAKA Labuan sesi 2023-2024 terdiri daripada Shairazi Akmal Anuar, Tezeri Haji Safar, Aefindy Tuah, Muhammad Izzzudin Badrul Hisham, Afifah Najiah Nordin, Haji Amir Abdul Rahman, Azry Amat, Siswanto Sunario, Muhamad Asyraf Sulaiman dan Malik @ Abdul Halil Jitra.
Mohd Khairul ketika ditemui media berkata, beliau bersama jawatankuasa baharunya telahpun merancang beberapa aktiviti dalam menaikkan semula kegemilangan silat seperti diera tahun 2002-2004, apabila pesilat PESAKA Labuan pernah mewakili Negara di sukan Asia Busan Korea Selatan pada tahun 2002 serta beberapa pesilat lain yang pernah mewakili Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia (SUKMA).
“PESAKA Labuan pernah melahirkan beberapa pesilat antaranya Haji Amir Abdul Rahman yang mewakili Negara ke Sukan Asia Busan Korea (2002) dengan membawa pulang pingat Perak dan kini beliau merupakan jurulatih silat Labuan dan Wilayah Persekutuan bagi persedian Sukan SUKMA 2024” katanya.
Seorang lagi pesilat wanita PESAKA Labuan, Hamidah Mulok telah mencatat sejarah apabila beliau di lantik sebagai jurulatih silat kebangsaan.
Mohd Khairul berkata, bagi mengembalikan kegemilangan itu, PESAKA Labuan merancang untuk bekerjsama dengan Jabatan Pendidikan Labuan bagi menubuhkan gelanggang silat (olahraga) sebagai aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah menangah.
“Penubuhan gelanggang silat itu adalah salah satu itu usaha untuk melahirkan pesilat muda disamping menyemai minat pelajar untuk menceburi seni mempertahankan diri selain sebagai persedian PESAKA Labuan menghadapi Sukma 2024-2026’, katanya.