25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Mac 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

MKN Labuan agih 1,500 Jalur Gemilang bagi Semarakkan Semangat Patriotik

ASP Seriyady menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengarah JPNIN Labuan, Jessica Basat.

LABUAN:Majlis Keselamatan Negara(MKN) Wilayah Persekutuan Labuan mengaggihkan sebanyak 1,500 Jalur Gemilang kepada 15 agensi dan Jabatan Kerajaan serta Pertububan di pulau ini bagi menyemarakkan semangat patriotik.

Penolong Pengarah MKN Labuan, ASP Seriyady Ak Terun Berkata MKN memainkan peranan penting sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai patriotik khususnya dalam kalangan kakitangan awam kerajaan.

“Agensi dan jabatan perlu memainkan peranan penting untuk menjayakan agenda dan aspirasi kerajaan seiring dengan tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, katanya semasa sesi penyerahan Jalur Gemilang, di sini, pada Selasa.

Di samping itu katanya, ia dapat membangkitkan rasa cintakan tanah air dan menghayati pengorbanan pejuang negara dalam mempertahankan kemerdekaan negara iini.

Beliau berkata semua agensi dan jabatan perlu memainkan peranan penting untuk menjayakan agenda dan aspirasi kerajaan seiring dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”.

Justeru, beliau berharap jalur gemilang dapat dikibarkan di setiap bangunan, premis dan kenderanaan kerajaan masing-masing sebagai tanda simbolik untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di Labuan.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan, Pengarah JBPM Abd Rahman Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Horwad Martin Kim Sung @Cornelius serta ketua jabatan dan pemimpin NGO.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN