24 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Misa kudus anjuran Taman Kinabalu dan Pemegang Taruh diadakan

Uskup Agung Datuk John Wong (tengah) dan lain-lain selepas Misa Kudus di St Pius X Bundu Tuhan itu

RANAU: Satu Misa Kudus Khas sempena memperingati mangsa Gempa Bumi 2015 dan juga Aktiviti Kemasyarakatan Kakitangan Taman Kinabalu dan Pemegang Taruh Dalam Kawasan Taman telah diadakan di sini pada hari Ahad, 14 Mei 2023.

Misa Kudus yang dipimpin oleh Yang Mulia Uskup Agung Datuk John Wong Soo Kau itu, diadakan di Gereja St Pius X Bundu Tuhan bermula jam 5:00 Petang.

Aktiviti ini telah dimulakan pada tahun 2022 (tahun lalu), sempena memperingati mangsa Gempa Bumi yang telah melanda Sabah pada tahun 2015 yang mana turut mengorbankan beberapa orang malim gunung, kakitangan Pemegang Taruh dan pendaki.

Pemegang taruh terdiri daripada Sutera Sanctuary Lodges (SSL), Persatuan Malim Gunung Kinabalu (PEMANGKINA), Persatuan Porter Gunung Kinabalu Sabah (PPGKS), Koperasi Kakitangan Taman Taman Sabah (KOKTAS), Mountain Torq dan Sabapak Holdings.

Misa kudus khas tersebut turut melibatkan tiga orang Paderi iaitu Rektor Gereja St Pius X Bundu Tuhan, Rev Fr Frederick Raymond, Pembantu Paderi St Pius X, Rev Fr Tony Mojiwat, dan pengiring Bishop, Rev Fr Gilbert Marcus.

Selepas Misa selesai, Uskup Agung, para paderi dan semua umat beredar ke ruang khas untuk mendengar taklimat berkenaan UNESCO oleh Penolong Pengarah Taman Kinabalu, Justinus Guntabid.

Sebelum jamuan makan, acara memotong kek sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran Uskup Agung (in advance) dan sempena merayakan hari ibu.

Dalam ucapan beliau, Justinus mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Taman Taman Sabah dan pemegang taruh kerana telah banyak membantu dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan.

“Ribuan terima kasih kepada Uskup Agung John dan paderi-paderi di St Pius X Bundu Tuhan, kerana sentiasa prihatin dengan umat di sekitar Taman Kinabalu.

“Disarankan supaya kita sentiasa melaksanakan tuntutan gereja iaitu menyayangi alam sekitar dengan mencintai taman kita.

Para ibu diberkati sempena sambutan Hari Ibu dalam Misa Kudus itu.

“Terima kasih kepada semua umat (komuniti) di St Pius Bundu Tuhan kerana sudi memberikan kerjasama kepada anjuran aktiviti ini,” kata beliau.

Sementara itu, Uskup Agung menyentuh tentang tiga perkara dalam ucapannya, di mana beliau berterima kasih kerana memberikan peluang kepadanya untuk merayakan Misa kudus bersama-sama masyarakat di sini.

“Kamu semua adalah hero sebenar, Malim Gunung, Porter, staf Taman Taman sabah dan semua yang terlibat. Kamu sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab dan misi untuk menjaga Gunung Kinabalu.

“Syukur kepada Tuhan dan semoga kamu semua diberkati. Terima kasih kepada semua kerana menyediakan semua keperluan untuk Misa kudus ini.

“Selepas Misa kudus kita akan bersama-sama berkumpul di luar gereja, ambillah peluang ini untuk lebih mengenal antara sesama,” kata beliau.

Selepas ucapan, penyampaian cendera hati kepada Uskup Agung dan semua paderi dilaksanakan.

Di hujung Misa Kudus, sempena hari Ibu, semua ibu diminta untuk berdiri di depan altar untuk diberkati oleh Uskup Agung.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi, Phillipa Sualeh, Setiausaha, Mailim Sampang, Bendahari, Junaidi Limondok dan lain-lain.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN