27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MID terima banyak panggilan telefon memohon bantuan daripada Parlimen Tuaran

Gambar – Khairol Majide Kalimin

KOTA KINABALU, 7 Julai, 2021: Setiausaha Perhubungan Awam kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Khairol Majide Kalimin, memaklumkan sejak kelmarin, pihaknya menerima ratusan panggilan telefon di pejabat MID mengenai bantuan bakul makanan yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Panggilan dibuat adalah sebahagian besarnya merupakan penduduk dari Kawasan Parlimen Tuaran. Mereka ingin memohon bantuan yang telah diwartakan oleh kerajaan baru-baru ini.

“Nombor yang digunakan iaitu 088-223 633 nombor telefon Pejabat Kementerian Pembangunan Perindustrian.

“Saya berharap agar orang ramai terus membuat panggilan ke nombor telefon Pejabat Daerah Tuaran sekiranya ingin membuat permohonan untuk bantuan,” katanya.

Beliau juga menasihati orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan bakul makanan dan apa-apa juga bentuk bantuan dari Pejabat Parlimen Tuaran untuk menghubungi Pejabat Parlimen tersebut di 088-718182.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN