26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

MGB Daerah Keningau berjaya kumpul RM11,255 untuk kos rawatan seorang pelajar SMK Apin-Apin

Sakim (kiri) menyampaikan cek sumbangan MGB Keningau dan Negeri Sabah kepada Jauhin Simbat.

KENINGAU: Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Keningau berjaya mengumpul sumbangan dari warga pendiidik didaerah ini sejumlah RM11,255 bagi meringankan beban pembiayaan kos rawatan adik May Chell Jauhin, seorang pelajar Tingkatan 1, Sekolah Menengah Apin-Apin yang menghidap sejenis penyakit tulang sejak November tahun lalu.

Pada masa sama, turut memberi sumbangan adalah Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Sabah sebanyak RM5,000. Sumbangan Disampaikan oleh Pengerusi MGB Keningau, Sakim Ibrahim sempena Program Cakna prihatin di kediaman pelajar terbabit dikampung Apin-Apin dekat sini semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MGB Keningau Jinli Ramli dan Naib 1 Dr Pranchis Andin serta guru besar sekitar Daerah ini.

Terdahulu Sakim dalam ucapan ringkasnya menyampaikan salam prihatin bagi pihak semua warga pendidik didaerah ini yang telah memberi sumbangan ikhlas, khususnya untuk meringankan beban kos rawartan dan berharap murid tersebut akan sembuh seperti sediakala. 

Sakim bersama sebahagian Guru Besar yang menyertai Program Cakna Prihatin di kediaman adik May Chell di kampung Apin-Apin Keningau.

Katanya warga pendidik bukan hanya ikhlas dalam menunaikan amanah memenuhi keperluan pendidikan anak didik tetapi juga terus berusaha membantu kepada murid yang bekeperluan terutama yang ditimpa sakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

“ Berat mata memandangm berat lagi bahu memikul, begitulah rasa sanubari seorang guru terhadap anak murid adik May Chell yang menghidap penyakit yang memerlukan sokongan kewangan juga motivasi supaya terus tabah dan bersemangat dalam menempuh siri rawatan”katanya.

Katanya moga lebih ramai lagi akan tampil memberi sumbangan bagi memastikan adik May Chell mendapat rawatan sepenuhnya dan kembali sihat dan dapat kembali bersekolah seperti biasa kelak.

Sementara itu bapa May Chell, Jauhin Simbat dan ibunya  Faridah Adat tidak dapat menahan sebak dengan kehadiran MGB Keningau dan warga Guru Besar mewakili semua warga pendidik didaerah ini dan merakamkan penghargaan terhadap keprihatinan guru terhadap anaknya.

“ Kami sekeluarga rasa sangat berterima kasih, bangaa dengan kemurahan warga guru sanggup menyumbang kewangan, moga tuhan sajalah yang akan membalas budi baik guru-guru semua,bagi kami memang tidak mampu bekerja hanya sebagai petani untuk menanggung kos rawatannya”katanya.

Adik May Chell yang juga naak bongsu daripada 9 adik-beradiknya adalah seorang pelajar aktif dalam bidang sukan Bola Jaring dan mewakili Daerah ini ke pertandimgan diperingkat Negeri sebelum menghidap penyakit yang menyebabkan sebelah kaki semakin membengkak dan memerlukan rawatan rapi dan lanjutan disalah sebuah hospital di Kota Kinabalu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN