27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Mesyuarat cawangan-cawangan Gagasan Rakyat mulai 1 Jun 2024

Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi.

KOTA KINABALU: Mesyuarat peringkat cawangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bermula 1 Jun hingga 30 Julai 2024, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi.

Katanya, mesyuarat peringkat bahagian parti itu akan diadakan mulai 17 Ogos hingga 30 September 2024.

Beliau berkata, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2024 Gagasan Rakyat dijadualkan pada 9 dan 10 November 2024.

“Gagasan Rakyat kini mempunyai sebanyak 74 bahagian seluruh Sabah termasuk 1 bahagian di Wilayah Persekutuan Labuan dan semua cawangan perlu mengadakan mesyuarat pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Perkara ini telah diputuskan oleh Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat pada 17 Mac 2024 yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor “, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Razali berkata, MT juga meminta agar bahagian-bahagian menggerakkan program menambah ahli parti termasuk pergerakan wanita, pemuda dan beliawanis.

“Memandangkan sambutan dan sokongan rakyat pelbagai kaum negeri ini terhadap Gagasan Rakyat terus meningkat, justeru bahagian-bahagian perlu menggiatkan program menambah ahli-ahli baharu”, katanya.

Beliau berkata, MT Gagasan Rakyat juga mahu semua bahagian memantapkan lagi jentera parti sebagai kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, walaupun tempoh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus hanya akan berakhir pada September 2025, namun persiapan awal jentera pilihan raya bahagian perlu sentiasa dimantapkan.

Katanya, MT Gagasan Rakyat juga mahu kepimpinan parti itu di peringkat bahagian dan akar umbi menjalin persafahaman dan hubungan yang erat bersama para pemimpin dan ahli-ahli rakan-rakan parti dalam komponen GRS-PH Plus.

“Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat bersama parti komponen GRS-PH Plus perlu dimantap dan dipadukan untuk kebaikan kerajaan dan rakyat”, jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN