29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mesyuarat Agung Tri Tahunan STAR Bingkor 09 Mei ini

Junior…..Setiausaha STARSABAH N. 40 Bingkor.

KENINGAU:Mesyuarat Agung Tri Tahunan Parti Solidariti Tanah Airku ( STARSABAH  ) Bahagian N.40 Bingkor akan diadakan pada 09 Mei (Ahad)ini di Tanam Bandukan Resort Riverside Bingkor.

Setiausaha Bahagian STARSABAH N.40 Bingkor Junior Fred berkata, perasmiannya disempurnakan oleh Setiausaha Agung STARSABAH Senator Datuk  Guandee Kohoi yang juga Timbalan Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia.

Katanya, mesyuarat agung parti itu mengikut ketetapan peraturan SOP PKPB COVID-19 dan mendapat kebenaran dari pihak PDRM.

Sehubungan dengan itu katanya, semua ahli khususnya perwakilan diminta agar dapat mematuhi garis panduan SOP yang ditetapkn seperti membuat  pendaftaran di aplikasi Mysejehtera atau menulis dalam buku yang disediakan, mengambil suhu, memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal sepanjang menghadiri mesyuarat. 

Junior memberitahu, mesyuarat agung ini akan diadakan pemilihan Jawatankuasa yang baharu.

Jelasnya, jawatan yang dipertandingkan adalah Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan Ahli Jawatankuasa..

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN