27.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Mesin pengering di Kg.Liau Darat diletakkan dalam jagaan UPPM : Robert

Robert (tengah)semasa melawat mesin pengering pelbagai guna itu.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik mencadang agar mesin pengering bahan mentah pelbagai guna di Kampung Liau Darat diletakkan dalam jagaan pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor.

Ini katanya, bagi membolehkan ia dapat dipantau dari ke masa ke semasa disamping penjagaan yang sempurna.

“Mesin pengering yang dibekalkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu perlu dijaga dengan baik agar ia memberi maanfaat kepada penduduk terbabit” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin selepas melawat tapak sedia ada mesin pengering itu di Kampumg Liau Darat.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, mesin digunakan  sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha kecil-kecilan penduduk tempatan untuk memproses makanan seperti kerepek pisang dan menghasilkan baja ikan.

Pada masa sama Robert dan rombongan meninjau cadangan lokasi tapak baharu bagi mesin pengering tersebut.

Hadir sama, Pemaju Mukim Apin-Apin Dennis Joakim, pengurus mesin tersebut Palik Budas, Ketua Kampung Liau Darat  KK Janius Bin Fabian, Pengerusi JPKK Kampung Liau Darat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN