LAWATAN….Lee (dua kanan) bersama Japar (kiri sekali) ketika melawat pelabuhan ASB. Sdn. Bhd.
LABUAN: Menteri Pengangkutan Negeri Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin mengadakan lawatan kerja ke Asian Supply Base Sdn. Bhd. (ASB) di sini, pada Selasa.
Turut sama dalam delegasi itu ialah Timbalannya, Dato’ Henry Harry Jinep.
ASB Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan di sini berkata, lawatan kerja Menteri Pengangkutan yang turut diiringi Timbalan Menteri itu adalah bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan dan pandangan mengenai pengoperasian dan pengurusan ASB sebagai hub logistik industri minyak dan gas di Wilayah ini sekaligus meninjau kawasan lapangan ASB.
Ketibaan delegasi dari Sarawak itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn. Bhd, Japar Esteban.

KENANGAN… Lee (tiga kanan) bersama delegasi bergambar kenangan sempena lawatan ke ASB. Turut bersama Japar (tiga kiri)
Menurut kenyataan itu, ASB yang sudahpun beroperasi selama 38 tahun telah berjaya mengekalkan reputasi sebagai pengendali syarikat utama di rantau ini dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti penyewaan kemudahan gudang, bengkel, kawasan lapang (open yard).
Selain itu, ASB juga turut menyediakan terminal dan pelabuhan, jentera berat dan perkhidmatan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengalaman.
Sementara itu, Lee ketika ditemui media menjelaskan, Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang meneliti kemungkinan untuk menjalin kerjasama dengan Sabah dan Labuan dalam bidang maritim dan logistik.
“Kami sedang melihat kepada maritim dan logistik…ini kerana Sabah dan Sarawak mempunyai persamaan dalam menguatkuasakan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960” katanya.
TAMAT
GAMBAR:
1.LAWATAN….Lee (dua kanan) bersama Japar (kiri sekali) ketika melawat pelabuhan ASB. Sdn. Bhd.
2.KENANGAN… Lee (tiga kanan) bersama delegasi bergambar kenangan sempena lawatan ke ASB. Turut bersama Japar (tiga kiri)